View: 20397|Reply: 41
|
Wajah Dikatakan Hampir Sama, Zubir Khan Berniat Mahu Jumpa Keluarga Arwah Zulfarhan
[Copy link]
|
|
Akaun TikTok milik penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Zubir Khan menjadi tular dan menyorot perhatian wargamaya.
Menerusi posting terbaharu, Zubir memuat naik video dirinya berjalan-jalan di sekitar jalan Little India, Kuala Lumpur sambil mengenakan pakaian tradisional masyarakat India iaitu Dhoti.
Namun begitu, lain pula yang menjadi perhatian wargamaya apabila rata-rata mereka berpendapat bahawa wajah Zubir begitu mirip dengan wajah Allayarah Zulfarhan Osman iaitu Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia akibat dibunuh, tujuh tahun lalu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen juga berharap agar Zubir dapat bertemu dengan keluarga Allahyarham Zulfarhan bagi mengubat kerinduan mereka terhadap anak sulong mereka itu.
Sementara itu, pelantun lagu ‘Yennode Macha’ ini meminta orang ramai untuk membantunya memberikan maklumat mengenai keluarga Allahyarham Zulfarhan dan berhasrat untuk berjumpa dengan mereka.
"Hai semua, boleh tak saya dapat kan info tentang keluarga Zulfarhan?"
Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada Selasa selepas didapati bersalah membunuh Allahyarham Zulfarhan.
Berdasarkan kronologi kes, Allahyarham Zulfarhan telah dituduh mencuri sebuah komputer riba setelah namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum mangsa dibuli sehingga meninggal dunia.
Imba kembali, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan.
Keenam-enam tertuduh itu menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sumber: OhBulan
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Beria nak publisiti murahan |
|
|
|
|
|
|
|
Org yindia kenal la mamat ni.
Mmg femes & xperlu tonggang isu.
Kita xkenal sbb xlayan lagu² tamil. |
|
|
|
|
|
|
|
hishhh tak payah la..takde sama mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
Harap taklah tunggang isu zulfarhan semata nak banyak likes |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk video satu budak Melayu pompuan tu buat parodi lagu si Zubir nih. Siap titik nandek kt dahi Bila aku tanya boleh ke? Hindu2 mabuk yg tlg jawabkan kata boleh |
|
|
|
|
|
|
|
prrrfffhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Eyyy meluat betul la manusia2 penonggang orang2 yg dh meninggal ni..
Arwah sarah, zayn, zulfarhan, budak upsi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada darah keturunan india ke? Kalau ezra tu tgk muka pon kita dh tahu susur galur keturunannya.
Sbb nmpk try hard sgt.
Sorry tp kagum jugak semangat dia dgn kekurangan fizikal yg dia ada tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by christmaseve at 26-7-2024 12:02 PM
Xsama langsung. Jauh beribu batu. Tolong jgn menyemak. Makayah tu anak meninggal kena bunuh. Kau tah dari celah mana nk jumpa untuk ape ehhhhh panas pulak hati tgk org2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah jumpa la makpak arwah farhan tu bukan gila publisiti macam family arwah sitisarah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Fyi ummah tiktok yg over. Ramai komen sama mcm muka arwah. Siap beria suruh dia contact family arwah utk lepaskan rindu. Bukan salah budak ni . Done back up |
|
|
|
|
|
|
|
over la korg nie.. family tu menanggung mcm2.. rasanya xde lbh xde kurang pn klau tgk ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tunggang issue jugakk. cuba klo org ckp muka mcm OKT 1, mau senyap xbkutik dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tayah menunggang. Gittuew iols memberi sepatah dua kata. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau jangan dengar sangat cakap netizen bongok tu boleh tak? Kesian la kat keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|