CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35423|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan peruntuk RM600 juta untuk baiki segera jajaran redline di Sarawak

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperoleh peruntukan RM600 juta bagi membaiki sebahagian jajaran redline yang memerlukan penyelenggaran segera di Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jajaran redline merujuk kepada laluan asal (jalan lama) sedia ada yang dibina sebelum pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.

“Kita (KKR) sudah melaksanakan beberapa mesyuarat berhubung perkara itu termasuk bersama Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) dan kita (kerajaan pusat dan negeri) membuat keputusan bahawa keseluruhan jajaran redline sepanjang 134 kilometer (km) yang bersambung dengan lebuh raya perlu dibaiki.

“Kita baiki segera 17km dulu dan akan membina persimpangan bertingkat di kawasan Batu 8 Sarikei. Setakat ini kita sudah dapat peruntukan kira-kira RM600 juta hasil daripada penjimatan projek Lebuh Raya Trans Borneo untuk melaksanakannya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang ingin tahu status pembinaan LPB di Sarikei dan punca utama yang menyebabkan kelewatan penyiapannya.

Ahmad berkata pembinaan jajaran LPB dari Jambatan Sungai Awik ke persimpangan Bintangor, Sarikei kini mencecah kemajuan 96 peratus, dan masih perlu melalui proses pengalihan paip air di kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja pengalihan sedang giat dijalankan oleh kontraktor dengan dipantau rapi oleh Jabatan Kerja Raya selaku pegawai penguasa projek. Dengan selesainya pengalihan paip ini nanti, jajaran dijadual dibuka pada minggu keempat Ogos ini, sekali gus menambah baik dan melengkapi jaringan jalan raya di Sarawak, Sabah dan Brunei,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung rancangan pembinaan hentian Rehat dan Rawat (R&R) di LPB Sarawak, Ahmad berkata ia akan dilakukan mengikut jarak dari satu tempat ke satu tempat.

“Harapan kita ialah bukan hanya KKR (melaksanakan pembinaan) tetapi patut juga dilibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan terbabit, sebab kita tahu LPB Sarawak tiada kutipan tol. Oleh itu kalau boleh kita kongsi kos (pembinaan) kerana itu lebih elok.

“Begitu juga dalam perkara berkaitan penyediaan lampu jalan kerana banyak lagi kawasan di lebuh raya itu yang gelap dan kita cadangkan lampu solar digunakan, tetapi jika boleh bersama-sama kita (kerajaan pusat dan negeri) membinanya,” katanya.

Berhubung status pembinaan projek LPB Sabah fasa satu yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya pula, Ahmad berkata kerja keseluruhan kini mencapai kemajuan 76 peratus dengan ada daripada 15 pakej kerja projek sudah disiapkan sepenuhnya.

Beliau berkata ini termasuk pakej kerja menaik taraf Jalan Tawau-Semporna dan Jalan Lahad Datu Bypass.

“Bagi fasa kedua projek itu pula, proses penyediaan tender sedang dilaksanakan di Kementerian Kewangan,” katanya.- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033549 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list