CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27386|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kilang besi didakwa cetus pencemaran udara perlu jawab notis

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Kilang besi didakwa cetus pencemaran udara perlu jawab notis


Nur Izzati Mohamad[email protected]




S Sundarajoo (kiri) sambil diiringi Norazizi Adinan (kanan) ketika meninjau dan bertemu dengan pengurusan sebuah kilang pembuat produk keluli yang didakwa punca pencemaran di Kawasan Perindustian Perai. FOTO DANIAL SAAD





Butterworth: Sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Perai, di sini yang didakwa mencetuskan pencemaran udara oleh penduduk berhampiran tidak boleh beroperasi sehingga menjawab notis dikemukakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.

Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata, pihaknya mengenakan penahanan operasi kelengkapan terhadap kilang terbabit melalui pemeriksaan mengejut dijalankan semalam bersama EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Datuk Seri S Sundarajoo.

"Oleh itu, kilang itu tidak boleh beroperasi sehingga notis dijawab dan apa-apa langkah pembaikan yang perlu dilakukan telah dilaksanakan oleh kilang.

" Satu pelan perancangan pematuhan jangka pendek dan panjang juga hendaklah dihantar oleh kilang sebagaimana kenyataan oleh EXCO," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Jelasnya, kilang itu didapati bukan antara penyumbang utama kepada masalah pencemaran udara di kawasan berkenaan.

"Namun, ia disyaki mempunyai kemungkinan tertinggi sahaja sebab tiada kajian saintifik dibuat dan (pemeriksaan) hanya berdasarkan bukti (aduan) dari penduduk," katanya.

Media semalam melaporkan kilang besi berkenaan diarahkan menghantar laporan berkaitan secara berkala dalam tempoh tiga bulan bagi membantu siasatan JAS Pulau Pinang berhubung dakwaan pencemaran udara yang dilaporkan penduduk berhampiran.

Sundarajoo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai dilaporkan berkata, ia selepas beliau menerima aduan daripada penduduk kawasannya memaklumkan rumah mereka tercemar dengan habuk sejak minggu lalu sehingga dibimbangi menjejaskan kesihatan.

Katanya, ia dipercayai habuk sisa besi dari sebuah kilang yang terletak dalam lingkungan radius 100 meter (m) dengan rumah penduduk.

"Setakat ini, kita tidak dapat memastikan lagi punca (sebenar) pencemaran udara (yang berlaku) tetapi oleh kerana habuk itu mengandungi kandungan besi yang boleh dimagnetkan, kita rasa (ia) dari kilang besi (berdekatan).

"Oleh itu, saya bersama JAS pergi ke kilang besi terbabit dan menemui serta mendapatkan kerjasama daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) kilang untuk melaksanakan pemeriksaan berwajib.

"Pada masa sama, meminta pihak kilang menghantar laporan berkaitan secara berkala dalam tempoh tiga bulan, bagi membantu siasatan JAS," katanya.



Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 2:40pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035947 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list