CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21721|Reply: 0

[Sarawak] Warga asing antara tiga ditahan merusuh

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) dikerah ke lokasi kejadian susulan insiden rusuhan di Pasar Malam Sibu malam semalam.

SIBU: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam satu rusuhan di Pasar Malam Sibu, Jalan Cross di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah dimaklumkan mengenai seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai dalam keadaan mabuk membuat kacau dan merosakkan gerai peniaga di tempat kejadian pada jam 8.46 malam.

"Dalam kejadian itu, beberapa individu di tempat kejadian telah bertindak memukul suspek sehingga mengalami kecederaan.

"Seorang suspek warga Indonesia berusia 31 tahun telah berjaya ditangkap oleh pasukan URB IPD Sibu manakala dua lagi lelaki berusia 31 dan 35 tahun ditangkap pasukan polis Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kesemua suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Susulan itu katanya, pihak polis giat mengesan beberapa individu lain yang masih bebas kerana disyaki terlibat dalam rusuhan itu.

Zulkipli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 147 Kanun Keseksaan kerana khianat harta benda dan merusuh di tempat awam.

Katanya, seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat kepada pihak polis di talian 084-344111 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail di talian 014-9067909.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.032387 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list