CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84769|Reply: 17

[Jenayah] Kena Scam Dengan Penjual, Bayar RM10 Tapi Dapat Burger Tak Habis Masak!

[Copy link]
Post time 20-7-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode


PENAJA kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, GTR Burger mengakui bahawa terdapat kekurangan terhadap makanan yang dijual selepas menerima kritikan daripada penonton perlawanan separuh akhir Piala FA 2024 pada Jumaat.

Menerusi hantaran dikongsikan pengguna akaun Facebook Danie Kincaid sebelum ini, kualiti burger yang dijual jenama tersebut tidak berbaloi dengan harganya.

Pemilik GTR Burger, Nordin Mat bagaimanapun tampil menjelaskan dakwaan tersebut dengan lebih terperinci yang mengambil kira jumlah kos keseluruhan termasuk bayaran untuk KDA FC.

Nordin memaklumkan, pihaknya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan pada produknya kelak.

Namun, katanya, disebabkan kekangan harga dan kos yang tinggi, pihaknya hanya mampu menggunakan daging burger biasa sambil menambah separuh hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada kelab yang ditajanya.

"Bagi tuan yang rasa harga RM10 untuk set burger dan air tidak berbaloi, walaupun burger yang kami sediakan lengkap dengan sayur, sos dan mayones (tidak sama dengan burger stadium) cuba tuan perhatikan kos kami yang sebenarnya.

"RM5 bayaran burger yang lengkap di bayar kepada usahawan GTR yang sediakannya dengan kos logistik yang sangat tinggi untuk sediakan khemah dan peralatan di stadium, dua hari kerja ni selama lebih 24 jam.

"RM1 untuk sediakan minuman air karbonat berjenama, cawan dan ais batu dan upah pekerja yang perlu lakukan dari pukul 2 petang lagi. RM1 sediakan tenaga pekerja di stadium bagi urusan jual beli sejak pukul 2 sebelum perlawanan.

"RM2 bayaran kepada pihak KDA FC yang akan dibayar selepas setiap perlawanan. RM1 mungkin ada sedikit keuntungan kepada pihak GTR dan harus diingat ia juga bergantung jika ada burger yang tak habis dijual atau basah dan rosak terkena hujan akan ditanggung rugi oleh pihak Head Quarters (HQ)," tulisnya di Facebook pada Sabtu.

Menurutnya lagi, pihaknya juga perlu mengeluarkan kos sebanyak RM50,000 tunai sebagai komitmen rakan startegik GTR untuk dibayar kepada pihak kelab terbabit.

Nordin pada masa sama memohon maaf serta menawarkan peluang kepada individu terbabit menguruskan perniagaan burger di stadium ketika perlawanan kelab itu berlangsung.

"Saya ingin tawarkan tuan harga RM8.00 sebiji burger dan air karbonat, baki RM2.00 lagi bayar kepada kelab KDA juga. Saya tak ambik apa apa untung pun tak apa. Tuan boleh panggil mana-mana pasukan tuan untuk uruskannya dari awal sampai habis," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2024 06:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2024 07:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:48 PM | Show all posts
owh..woodfire jual kat stadium?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 20-7-2024 07:35 PM

Mana yg kena makinya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan setakat kena scam dah tp dah tahap dianwartkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpenah teringin nak beli GTR burger bila tengok nordin mat ni bila bercakap sikit punya berlagak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual burger tu betul2 lah bagi rupa burger. Ni dengan tak masak nya, kang pelanggan sakit perut sampai maut kan ke lagi susah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rega burger mmg mahai mcm tu ka now?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 20-7-2024 07:48 PM
owh..woodfire jual kat stadium?

Iya. Subway kepci pon ada jual kat stadium milik mail. Bangsa j tak mkn burger murahan masa tgk bola. #donemembongkakmcmmail
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gtr burger punya store ni ada kat taman iols..
Masa iols gi speedmart
.tengok ada gtr punya kedai..tp dia tak buka.untuk makan2..cuma untuk peniaga gtr.amek stok burger kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols panggil ni guntur berger
Hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 21-7-2024 12:42 PM
Iya. Subway kepci pon ada jual kat stadium milik mail. Bangsa j tak mkn burger murahan masa tgk bo ...

Owh ye.. tak tahu.tak layan bola local caprut
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
GTR macam sambil racing memeasak burger
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bayar dekat KDA RM2 untuk setiap 1 burger ke? banyaknya. kiranya tak fixed lah amount yang dibayar ke KDA
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 04:14 PM | Show all posts
Actually burger yg dijual kat mana2 event memang hauk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 04:42 PM | Show all posts
orang tu komplen pasal kualiti burger
yg si nordin membebel pasal kos untung rugi persen bagai buat apa
kalau ko dah setuju nak jadi penaja ke KFA
dengan jaminan burger yang bukan lagi seperti burger stadium terdahulu
makanya, kotakanlah janji tu
ini ada pulak disuruhnya orang tu buat bisnes burger pulak
memang sombong orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:03 PM | Show all posts
Dah tau kos paras2, kau masih janji bulan bintang dkt KDA semata nak gebang dkt fb konon dpt supply burger ke stadium. Lps tu jual beger sampah. Sekarang penonton ke yg kena cover komisen kau ke KDA?

Nourdin ni ok la sikit, sorang lg yg gemuk tu amboi kemain berlagak tutuh org komplen kiosk mahal, tong gas caj melampau.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042284 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list