View: 42835|Reply: 242
|
ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013
[Copy link]
|
|
Salam warga novelis. Ini kali pertama Beng mencuba-cuba menulis novel. Harapnya penulisan karya pertama beng ni korang dapat berikan serba sedikit feedback sebagai novel proofreading. Kepada novelis pro, amateur dan semi-pro sila jangan segan berikan Beng tunjuk ajar baik dari segi tatabahasa dan sebagainya. Ni nak dikatakan memoir-novel pun tak juga sebab awalan citer pun dah berada di masa depan.
Insyaallah..bantulah beng untuk kekuatan dan semangat menyiapkan novel ni.
Last edited by kambeng_masam on 7-7-2013 03:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 7-4-2011 21:36
Prolog
1970.Vietnam. Masyarakat Cina telah mendominasi sektor perniagaan di bandar-bandar besar Vietnam sejakawal kurun ke-sembilan-belas lagi. Semenjak berpuluh-puluh tahun lepas kaumCina sudah mulai berhijrah ke negara ini dan mereka amat sinonim dengan penjanaan ekonomi. Kerajaan Vietnam disebelah selatan tiada masalah dengan penempatan Cina kerana hadirnya mereka inimembuka lagi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Namun begitu,kehadiran pendatang-pendatang dari Republik Rakyat China ini turut membuatkanmasyarakat tempatan berasa kurang senang kerana perbezaan budaya walaupunmajoriti kesemua mereka adalah seagama. Di sesetengah daerah dan bandar,perasaan kurang senang ini berubah menjadi kebencian. Tidak kurang kes-kesgadis-gadis dan wanita Cina dirogol dan ada perniagaan yang secaraterang-terangan dirompak oleh keluarga pembesar daerah seolah ianya halal bagipembesar-pembesar tempatan ini kerana masyarakat Cina dianggap rakyat kelaske-dua; tidak punyai amuniti untuk mempertahankan hak asasi mereka. Setelahpihak tentera Amerika Syarikat terpaksa berundur dari pendudukannya di Saigon(digelar peristiwa “Fall of Saigon”) dan seterusnya meninggalkan bumi Vietnam,maka bermulalah pemerintahan kerajaan komunis yang baru iaitu Republik SosialisVietnam. Dalam tempoh dari lewat tahun 1970-an hingga awal tahun 1980-an, ramairakyat Vietnam yang berharta, melarikan diri dari negara itu dengan menaiki botdan merancang untuk memohon suaka dari negara destinasi pilihan mereka. Pada tahun1979, Vietnam telah mengisytiharkan perang dengan Republik Rakyat China(Sino-Vietnamese War). Ini memaksa permastautin etnik Cina di negara itu yangmerasakan mereka akan dijadikan sasaran mudah oleh pihak kerajaan Vietnammelarikan diri ke negara asal, Republik Rakyat China. Namun begitu diatasfaktor ketidakstabilan matawang Vietnam, hanya barangan berharga seperti emasperhiasan atau sebagainya sahaja yang diterima oleh pemilik-pemilik bot yangbersedia membawa sejumlah penumpang keluar dari perairan Vietnam. Disebabkanitu, ramai ahli keluarga yang telah terpisah kerana hanya mampu membayartambang untuk anak-anak yang masih kecil dan golongan wanita demi mendapatpeluang hidup yang lebih cerah berbanding di Vietnam. Mereka yang berjayamenaiki bot-bot ini telah digelar sebagai “Boat People”. Ada yang berjayapulang ke tanah air mereka di Tanah Besar China dan ada pula yang terpaksa kenegara-negara lain disebabkan faktor kemampuan bot yang terhad. Manakala bagiyang tidak bernasib baik, ada sesetengah kes di kawasan-kawasan tertentu tanpasebarang belas kasihan mereka ini dibunuh, dirogol malah dijadikan hamba abdioleh pembesar tempatan. Salahsebuah negara yang menerima ‘kunjungan’ orang-orang bot ini ialah Malaysia.Mereka telah mendarat di pelbagai tempat di serata pantai timur SemenanjungMalaysia. Pulau Bidong di perairan Terengganu adalah salah satu kem pelarianyang disediakan selain dari kem pelarian di Sungei Besi. Bantuan daripada UNHCRpada ketika itu amatlah kritikal. Hampir hanya separuh dari pemohon-pemohonsuaka ini yang berjaya mendarat dengan selamat manakala yang lain-lainnyasamada hilang, diserang lanun ataupun lemas ketika bot karam akibat cuaca yangterlalu buruk. Selepas beberapa tahun mereka ditempatkan di kem-kem pelarianini, ada yang berjaya melepasi saringan program pemindahan ke Negara-negaraketiga seperti Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Switzerland dansebagainya. “ Last edited by kambeng_masam on 7-7-2013 03:33 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan... permulaan yang baik... |
|
|
|
|
|
|
|
wah, ingatkan cite futuristik... pakai baju warna silver ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# kambeng_masam
Good Luck!.. Beng... harap hari2 ada n3 tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# produkherba
hmm...tulah...takleh nak ejas sket ar...sebab nak ikut plot citer punya pasai...dan nak matchkan dgn fact bagai....
tak jadi dah memoir-novel...
insyaallah...hari2 tak bz ni beng akan bagi n3 sebanyak yang mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan usaha k... |
|
|
|
|
|
|
|
Permulaan yg menarik...teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
beng... taknak la cite futuristik... boring la |
|
|
|
|
|
|
|
sedap cerita ni beng, teruskanlah........ |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyer |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 8-4-2011 11:49
Episod 1
1985
Ombak Laut China Selatan kian meninggi sehingga mencecah dua meter dari aras permukaan laut. Deruan Angin Monsun Timur laut pada bulan Jun tahun itu sudah mulai deras selaju dua puluh knots. Kelajuan angin setara itu sudah cukup berbahaya kepada sebarang aktiviti di luar pantai. Bot-bot kecil pada waktu ini sudah semestinya tidak akan berlayar ke pertengahan laut lepas. Para nelayan jika ada pun cuma berlegar-legar di balik pulau-pulau untuk mendapatkan perlindungan dari cuaca buruk. Kerana mencari rezeki, nelayan-nelayan ini terpaksa juga mengharung liku-liku kepayahan sebegitu.
Dari kejauhan seratus lapan puluh kilometer dari persisiran pantai Terengganu, terdapat sebuah bot bersaiz sederhana besar yang kelihatan sarat dengan penumpang. Di dalam cuaca yang mendung tidak berhujan itu bot bersaiz sedemikian cukup mudah diumbang-ambingkan oleh alunan ombak. Bot itu kelihatan sesak dengan seramai lima puluh lima orang pelarian etnik Cina dari Vietnam sebagai penumpang. Itu belum dikira lagi dengan juak-juak bot yang berjumlah lima orang sekaligus menjadikannya seramai lima puluh sembilan nyawa bergantung ke atas kecekapan juragan bot mengemudinya.
Kedengaran sini-sana suara orang yang sedang mabuk laut memuntahkan isi perut mereka di tepian bot. Itupun jika perut mereka sudah beralaskan dengan makanan terlebih dahulu. Rata-ratanya perut sudah kosong yang hanya diisi dengan air tawar yang tidak dimasak dan juga cebisan roti sebagai bekalan di sepanjang perjalanan yang entah tidak diketahui pula berapa lama lagi. Jika hendak lebih makanan, barangan berharga haruslah menjadi matawang dagangan dengan tekong bot dan juak-juaknya kerana mereka menyimpan stok makanan yang juga agak terhad jika hendak dibahagikan sama rata.
Di suatu sudut di dalam bot itu, kelihatan seorang ibu muda sedang membelai memujuk anak perempuannya yang berumur lima tahun. Anak kecilnya itu sedang berbaring di atas ribanya sambil menangis kerana menahan lapar. Ibu muda yang bernama Duong Kim Hanh itu hanya mampu menyanyikan lagu untuk mendodoi anak kecilnya supaya tidur untuk meredakan kelaparan.
“Yao yah yao
Yao yah yao
Bao bao huai jung shuay
Yao ni jang da
Yo liao sheewang
Bao bao kuai jang da
Bao bao kuai jang da"
"Rock-a-bye.
Rock-a-bye.
Sleep, you're safe with me.
Rock you
til you're big,
Rock you
til you're strong,
Baby grow up soon.
Baby grow up soon."
Si anak kecil itu mula melelapkan mata setelah beberapa kali rangkap-rangkap lagu dodoi tersebut diulang-ulang ibunya. Jari-jemari halus anak kecil yang bernama Ai’ Huang itu perlahan-lahan dilepaskan oleh Kim Hanh. Dia sudah kekeringan airmata untuk menangisi nasib mereka berdua. Dari rumah yang besar tersergam indah di Saigon kini dia bagaikan anjing kurap meraih simpati dari orang-orang yang senasib dengan dirinya di dalam bot itu. Pada dirinya sudah tiada lagi barangan berharga yang boleh ditukarkan dengan makanan. Hanya mengharapkan simpati dari orang-orang di sekeliling yang mengenali dirinya di Saigon dahulu. Kebanyakannya adalah jiran-jirannya juga.
Berada di atas bot itu selama beberapa hari tanpa teman mahupun saudara amat memeritkan dirinya. Dengan membawa si kecil Ai’ Huang bersamanya bukanlah satu perkara mudah yang boleh dilakukan sendiri oleh ibu muda itu. Tanpa suami di sisi, tanpa ibubapa dan adik-beradik sebagai peneman memaksa Kim Hanh menjadi tabah tanpa kerelaan. Last edited by kambeng_masam on 7-7-2013 03:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 8-4-2011 13:50
Dulu ada pelarian Hai Hong, kalau tak silap mrk inilah dr Vietnam |
|
|
|
|
|
|
|
just for info kepada sesapa yang rasa pelik kenapa dlm citer ni etnik cina tapi bernama mcm orang vietnam.
sesetengah negara, government tak benarkan guna nama ketika dilahirkan untuk pendaftaran.sebaliknya kena bubuh nama dlm bahasa negara tu jugak. Cthnya di Vietnam ramai etnik cina tapi nama rasmi derang pakai nama bunyi vietnam...tapi dalam masa yang sama derang juga ada nama cina. Di indonesia pun begitu juga. cuma kalau tak silap itu dululah..skang ni di indonesia gomen dah benarkan daftar pakai nama cina. Di vietnam tak pasti pula...kurang periksa pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 8-4-2011 15:29
Dulu ada pelarian Hai Hong, kalau tak silap mrk inilah dr Vietnam
cmf_blingblings Post at 8-4-2011 13:45
tak silap beng, Hai Hong tu ialah nama kapal besar yang bley muatkan about thousands people dlm satu masa.....ye..derang tu juga pelarian dari vietnam. Memula hampir setiap negara tak iktiraf derang yg naik kapal tu sebagai pelarian tetapi sebagai illegal immigrant...but hasil campur tangan UNHCR eventually derang dapat status refugee.
nama panggilan untuk refugees ni ialah 'boat people'. |
|
|
|
|
|
|
|
permulaan yg menarik..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 9-4-2011 02:07
Sudahlah suaminya mempunyai perempuan simpanan, dirinya dan anak mereka pun langsung tidak dipedulikan. Bagi Kim Hanh, tindakannya melarikan diri dari suami adalah suatu perkara yang betul dirasakannya pada waktu itu. Biar suaminya tercari-cari kemanakah hilangnya anak dan isteri. Biar dirasakan bagaimana resahnya hidup tanpa anak dan isteri disisi yang sebelum ini sentiasa ternanti-nantikan kehadirannya di rumah. Rajuk Kim Hanh kini mula terasa bagai memakan diri. Nasihat ibubapanya langsung tidak melekat di telinga ketika dia memaklumkan rancangannya ingin mengikut rakan-rakan lain meninggalkan tanah Vietnam. Ibu muda itu merancang hendak memulakan penghidupan yang baru dan meninggalkan sejarah pahit bersama suami yg pernah dicintai sepenuh hatinya suatu tika dahulu. Merasakan dirinya disia-siakan sebegitu lalu dia bertekad mengikuti kata hati. Berbekalkan barangan kemas termasuk cincin perkahwinannya, itulah yang menjadi bayaran tambang menaiki bot dan rasuah kepada pegawai di pelabuhan Saigon.
Setelah puas Kim Hanh mengelamun jauh mengingati bagaimana dia boleh berada di atas bot itu, terasa sedikit kesal pula pada dirinya kerana tidak berfikir panjang terlebih dahulu malah hanya menuruti hati dan rajuknya sebagai seorang wanita. Walau apa sekalipun, dia tetap sedar betapa dirinya perlu menguatkan diri mengharung jerit perih yang telah ditempah. Dia merenung ke wajah Ai’ Huang yang sedang dipangkunya. Tangan kanannya membelai rambut anak comel itu dengan usapan-usapan lembut. Dia bersumpah sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya selamat sepanjang perjalanan merentasi Laut China Selatan. Dia rela berlapar demi menyimpan lebihan makanan yang diberikan oleh orang-orang di sekelilingnya. Kim Hanh sedar dia tidak boleh terus-menerus bersenang hati menggunakan kesempatan itu kerana lambat laun nasibnya mungkin berubah.
Kim Hanh mengalihkan pandangannya ke luar bot memerhatikan ke ufuk laut kalau-kalau ternampak daratan. Hatinya mengeluh hampa. Tiada apa-apa yang berbeza melainkan ombak yang meninggi sahaja dan alunan permukaan laut itu kelihatan berbuih putih kerana tiupan angin monsun yang menderas setiap jam. Dipaling pula pandangannya ke arah yang lain. Juga tiada tanda-tanda adanya daratan. Kali terakhir dia melihat daratan adalah ketika di pelabuhan Saigon tiga hari yang lepas.
Cuaca petang yang mendung dan suram di tengah-tengah lautan itu menjadi semakin gelap. Deruan angin yang mulai mendingin itu turut membawa bau udara yang basah menandakan hujan akan menyimbahi haluan bot yang membawa separuh ratus pelarian etnik Cina dari Vietnam itu pada bila-bila masa sahaja. Kim Hanh mulai berasa resah. Terdedah kepada hujan akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Hatinya gusar memikirkan Ai’ Huang yang perlu dielakkan dari terkena kesejukan air hujan. Tempat untuk para penumpang berteduh amatlah terhad. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mampu membayar lebih kepada tekong bot. Kim Hanh merasakan dia perlu melakukan sesuatu. Dengan bersusah-payah dia bangkit bangun dengan cuba mendukung Ai’ Huang bersamanya. Dia mengorak langkah ke arah sudut yang mempunyai teduhan atap yang hanya beberapa meter sahaja menuju ke bur!tan bot. Setiap langkahnya dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kakinya tersandung dek tubuh-tubuh manusia yang bergelimpangan di atas dek bot. Sambil melangkah, mata Kim Hanh liar memerhatikan pelbagai rupa manusia dan ragam mereka di dalam bot itu. Ada penumpang yang kelihatan amat tua hingga jelas kulitnya berkerepot bagaikan bangkai monyet kering dan ada pula remaja yang sedang sakit teruk.
bersambung...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|