CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41674|Reply: 86

[Tempatan] Ada 727 Buah ‘Shopping Mall’ Di KL, Tapi Pengunjung Masih Kurang

[Copy link]
Post time 15-7-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 15-7-2024 05:09 PM


Ada 727 Buah ‘Shopping Mall’ Di KL, Tapi Pengunjung Masih Kurang

Kehadiran pelbagai pusat beli belah atau ‘shopping mall’ di tengah pusat ibu kota Kuala Lumpur (KL) telah membuatkan orang ramai mula tepu dan kesannya, kebanyakan daripada pusat ini lengang tiada orang.

Melalui pendedahan Goh Sook Lam, pemilik kedai komputer di pusat beli-belah 3 Damansara. Walaupun terdapat acara taekwondo di aras bawah, tingkat atas pusat beli-belah itu sunyi.

“Saya bergantung kepada pelanggan tetap saya. Pelanggan masuk secara rawak kurang… Kadang-kadang saya tak balik modal,” kata Goh, 48, yang hanya mempunyai seorang pelanggan, Rudi Sim, 48, pada hari itu.

Goh bukan satu-satunya yang merasai kesan kekurangan pengunjung di pusat beli-belah di Malaysia.

Dengan lebih daripada 1,000 pusat beli-belah pada akhir 2023, banyak pusat beli-belah baru sedang dibina walaupun yang sedia ada menghadapi kesukaran menarik orang ramai.
Menurut laporan tersebut, di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 727 pusat beli-belah.

Walaupun beberapa pusat beli-belah utama masih menikmati trafik kehadiran pengunjung yang tinggi dan kadar perniagaan yang hampir penuh, penyewa di pusat beli-belah yang kurang popular pula kini bergelut untuk bersaing.

Ruang runcit Malaysia meningkat kepada 17.69 juta meter persegi pada 2023, tetapi kadar penghuni adalah lebih rendah daripada sebelum pandemik, iaitu 77.4 peratus tahun lepas.
Sesetengah perniagaan kini sedang berusaha untuk kekal bertahan di pusat beli-belah kurang popular seperti Glo Damansara.

Veronica David, yang berniaga kafe bersama dengan suaminya, berkata perniagaannya berjaya walaupun lokasi pusat beli-belah itu sunyi.

Mereka memilih lokasi tersebut kerana sewanya yang berpatutan dan pengurusan pusat beli-belah yang mesra.

Phang Sau Lian, Presiden Persatuan Pusat Beli-belah Malaysia, berkata peruncit perlu bekerja lebih keras untuk menonjol dalam situasi seperti ini.

“Tren pengguna bergerak pantas, dan pusat beli-belah mesti sentiasa menyesuaikan diri untuk kekal relevan,” katanya.

Trend terkini menunjukkan peratusan ruang disewa oleh outlet makanan dan minuman meningkat kepada hampir 30 peratus.

Foo Gee Jen, penasihat di firma perunding hartanah CBRE-WTW, menyatakan pengguna kini mencari “pengalaman” lebih daripada sekadar membeli-belah.

Pusat beli-belah yang lebih lama perlu dinaik taraf untuk kekal bersaing.

Walaupun ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak 3.7 peratus tahun lepas, pembinaan pusat beli-belah tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan.

Terdapat sekurang-kurangnya 33 ‘shopping mall’ baru dengan 1.13 juta meter persegi ruang runcit dalam perancangan di KL.

Goh, yang kedainya terletak berhampiran pawagam yang telah ditutup, kini sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke aras bawah dengan kadar sewa yang sama atau mencari tempat lain di pusat beli-belah tersebut.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 05:09 PM | Show all posts
area putrajaya, 2 mall je
mmg tumpuan sokmo especially on weekend

cyber ada 1
pun sm bila weekend mmg ramai
lupa, malakat mall
hidup lg eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 05:11 PM | Show all posts
malaysia tiada mall yg unik selain KLCC

kena ada mall yg luar biasa sedikit baru org dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 05:22 PM | Show all posts
bnyk betul 727..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 05:24 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 15-7-2024 05:09 PM
area putrajaya, 2 mall je
mmg tumpuan sokmo especially on weekend

mungkin perlu ada mall buka 24 jam, especially di KL
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambah lagi shopping mall 2x ganda.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
I pergi mall jalan kaki je, sebelah rumah. Mall yang kurang footfall ni selalunya takde supermarket/grocer. I tengok AmCorp mall tu, week days sendu lepas Giant tutup. Bila NSK bukan ganti Giant, ramai dah balik orang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi banyaknye mall..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat protes kat depan office management. Mall tak laku sebab management tak efficient buat marketing tarik crowd. Management tau kutip sewa je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 06:34 PM | Show all posts
Artikel sampah mana ni? Laporan dr sumber mana? Dari Goh Sook Lam, pemilik kedai komputer ke??

Menurut laporan tersebut, di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 727 pusat beli-belah.


Iols gugel ada 60+ shopping malls di KL..

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mall sendu depa dah bagi bangla,indon sewa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 15-7-2024 05:44 PM
I pergi mall jalan kaki je, sebelah rumah. Mall yang kurang footfall ni selalunya takde supermarket/ ...

Ya Allah..bertahun tahun tahun tak jejak Amcorp Mall...survive eh kedai2 di situ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 15-7-2024 06:53 PM
Mall sendu depa dah bagi bangla,indon sewa...

Last month i ke berjaya Times square..dah cerah terang benderang happening dah skrg..resoran kat bawah tu pun sedap...last pergi tahun 2017 rasa mcm pergi negara asing je..kedai2 kecik yg jaga bangla indon dll..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 07:52 PM | Show all posts
bil letrik skang ni tinggi, owner cas sewa tinggi, kedai2 pun naik kan harga, baik beli dekat shopee je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 15-7-2024 08:00 PM
Momohizan replied at 15-7-2024 05:44 PM
I pergi mall jalan kaki je, sebelah rumah. Mall yang kurang footfall ni selalunya takde supermarket/ ...


Dulu selalu gi amcorp mall. Selalu gi giant, bookxpress, popular, mcd, urut kaki, secret recipe. Pernah nmpk eric deko2 kat stabaks. Pastu ada pejabat pos. Sebelah tu ada avon. Butik2 kecil iols tak minat sangat sbb takdelah murah pun. Baik beli kat uniqlo, h&m terus. Paling berbaloi beli masa flea market. Restoren selera negeri pun best tapi dah tutup. Zmn bbnu dulu pernah join kawan2 pasang lilin vigilant reformasi pmx kat padang depan tu. Bila ingat baik macamanalah aku boleh terjebak. Takpelah pengalaman hidup.



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 15-7-2024 10:15 PM

Bila harga makanan, rumah, parking, bill mahal sudah x byk baki wang utk dihabiskan di mall membeli belah, melainkan warga emas melepak mall aircon elec toilet free
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 15-7-2024 06:34 PM
Artikel sampah mana ni? Laporan dr sumber mana? Dari Goh Sook Lam, pemilik kedai komputer ke?? :curs ...

Itu la, I confuse celah mana sampai 727 shopping malls, tak rasa Klang Valley pun boleh ada sebanyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-7-2024 07:57 PM
Dulu selalu gi amcorp mall. Selalu gi giant, bookxpress, popular, mcd, urut kaki, secret recipe. P ...

Dulu iols masuk amcorp sbb nk pegi bookxcess jah..skrg dh bnyk branch + ada kt shopee..mmg idok ler lg

Btw tak sangka uols penyokong bangnon dulu..pernah join guling2 kat sogo tak?

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-7-2024 10:16 PM
Dulu iols masuk amcorp sbb nk pegi bookxcess jah..skrg dh bnyk branch + ada kt shopee..mmg idok le ...


Selalu gi amcorp tapi tak pernah terserempak dgn mizznina

Biasalah muda2 dulu tertipu dgn pmx. Sib baik baik tak pernah guling2 depan sogo Pernahlah pergi bar council tgk pementasan reformasi. Tak ingatlah free ke berbauar. Biasalah isi cite mahathir jahat, tokjib tak baik. Dia tu sorang je yg baik

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:25 PM | Show all posts
yang pelik nya..... yang mengeluh, si penyewa....... kita terlepas baca atau memang tak ada owner mall tu yang mengeluh banyak penyewa lari sebab tak mampu bayar sewa sebab takda pengunjung?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051042 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list