CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24064|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pesakit buah pinggang kronik nafi salah guna wang RM96,780

[Copy link]
Post time 15-7-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Pesakit buah pinggang kronik nafi salah guna wang RM96,780


Nur Izzati Mohamad[email protected]




KAMARUZZAMAN dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas empat pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM96,780 milik sebuah syarikat pada 10 tahun lalu. FOTO Danial Saad





Butterworth: Bekas pengarah syarikat yang menghidap penyakit buah pinggang kronik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas empat pertuduhan salah guna wang syarikat berjumlah RM96,780, 10 tahun lalu.

Kamaruzzaman Kamaludeen, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kesemua kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta membabitkan wang masing-masing berjumlah RM5,600, RM920, RM8,800 dan RM81,460 milik Syarikat Natureceuticals Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di empat lokasi berlainan iaitu di RHB Bank Bhd Taman Inderawasih, Perai; AmBank (M) Bhd, Pusat Bandar Seberang Jaya; Malayan Bank Bhd Pusat Perniagaan Rozhan, Alma dan Public Bank Bhd, Jalan Jelutong, antara 5 Disember 2014 hingga 27 Mei 2015.

Perbuatan dilakukan ketika tertuduh menjawat jawatan Pengarah Syarikat Northern Petrochem Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam hingga lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan Natrah Fareha Rahmat manakala tertuduh diwakili peguam Luqman Mazlan dan Irzan Iswatt.

Pihak pendakwaan memohon supaya mahkamah menawarkan jaminan RM30,000 terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapi tertuduh berserta syarat tambahan antaranya melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan dokumen perjalanan sehingga kes selesai

Bagaimanapun peguam tertuduh merayu jaminan itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya yang tidak mempunyai pendapatan tetap perlu menanggung isteri yang sedang sakit, dua anak yang masih belajar di universiti serta ibu yang uzur.

Malah, tertuduh juga perlu menjalani rawatan dialisis serta bertemu pakar di hospital pada setiap minggu ekoran penyakit buah pinggang yang dialaminya.

Hakim kemudian menetapkan jaminan RM16,000 bagi semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh menuruti semua syarat tambahan yang ditetapkan pihak pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 26 Ogos depan.



Disiarkan pada: Julai 15, 2024 @ 11:39am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039691 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list