CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43368|Reply: 6

[Tempatan] Ringgit antara mata wang terbaik Asia, tertinggi dalam enam bulan

[Copy link]
Post time 12-7-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Julai 12, 2024 @ 4:01pm
zaky@bh.com.my



Reformasi ekonomi dan kestabilan politik menjadi antara faktor utama kenaikan ringgit - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit hari ini meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan menjadi mata wang utama Asia yang berprestasi terbaik.

Mata wang tempatan itu meningkat kepada setinggi 4.6630 berbanding dolar AS, sebelum berada pada 4.6700 setakat jam 2.52 petang.

Yuan China dan rupiah Indonesia juga meningkat, manakala yen Jepun, won Korea Selatan dan baht Thailand menyusut nilai berbanding dolar AS.


Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata reformasi ekonomi dan kestabilan politik menjadi antara faktor utama kenaikan ringgit, selain jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada September ini.


Beliau berkata, data terkini menunjukkan inflasi di AS sudahpun menurun kepada 3.0 peratus, sekali gus menyaksikan dasar monetari negara itu yang ketat dilihat seolah-olah mencapai objektif, seterusnya wujud keperluan untuk melonggarkan dasar monetari melalui penurunan kadar faedah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, katanya, tinjauan oleh agensi penarafan kredit serta bank pelaburan yang positif juga membantu mewujudkan permintaan terhadap ringgit.

"Kerajaan perlu terus konsisten melaksanakan pembaharuan dan reformasi ekonomi. Namun, perlu berhati-hati dan beransur-ansur agar tidak mewujudkan suasana kejutan negatif kepada ekonomi. Ringgit sepatutnya akan terus mengukuh. Berdasarkan pengamatan kami, ringgit berpotensi terus mengukuh ke paras RM4.00 dalam tempoh jangka masa sederhana.

"Selain itu, penurunan kadar faedah di AS akan mengurangkan perbezaan antara Kadar Dana Fed (FFR) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kini berada pada paras 2.50 peratus. Sekiranya Fed mula mengurangkan kadar faedah pada bulan September ini, maka perbezaan ini akan dapat dikurangkan.


"Perkara ini menandakan pulangan pelaburan dalam ringgit akan lebih kompetitif sekiranya Fed terus menurunkan kadar faedah pada 2025. Pergerakan ringgit menunjukkan trend yang lebih mengukuh dengan mata wang tempatan dijangka bakal mencecah RM4.65 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini," katanya kepada BH.

Mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR, Mohd Afzanizam berkata, tindakan itu meningkatkan kredibiliti bank pusat dalam mengawal tekanan inflasi pada masa akan datang terutamanya apabila kerajaan sedang melaksanakan usaha rasionalisasi subsidi bahan api.

"Kedua, BNM dilihat cenderung untuk mengekalkan OPR pada tahun ini berbanding Fed yang mana mereka dijangka akan mengurangkan kadar faedah mereka pada September dan Disember tahun ini. Jika jangkaan ini menjadi realiti, sudah pasti jurang antara FFR dan OPR akan dapat dikurangkan dan sekali gus dapat menaikkan daya tarikan ringgit.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, faktor berkaitan reformasi ekonomi turut dapat meningkatkan daya saing negara untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

"Sebagai contoh, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang lestari dan meningkatkan daya saing yang mana ia bakal mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

"Semua ini akan dapat menarik minat pelabur, peniaga serta pelancong untuk datang ke negara kita, sekali gus mewujudkan permintaan terhadap ringgit," katanya.

Sementara itu, Ketua dan Pengarah MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, berkata ringgit dilihat lebih kukuh berbanding dolar AS baru-baru ini berikutan peningkatan jangkaan pasaran bahawa Fed AS akan mula menurunkan kadar pinjaman pada separuh kedua tahun ini.

Malah, katanya, dolar AS juga mulai lemah berbanding mata wang lain seperti dilihat penurunan Dollar Index (DXY).

"Jangkaan pasaran ini lebih dikuatkan dengan beberapa data ekonomi yang diterbitkan menunjukkan inflasi dan pasaran buruh berada pada trend menurun. Kenyataan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell kepada Kongres juga memberi gambaran yang ia mula menjadi lebih cenderung menurunkan kadar faedah di AS.

"Ia memberi impak kepada pasaran mata wang disebabkan pengurangan jurang kadar pinjaman antara AS dan Malaysia (dan juga negara lain). Ini juga menyebabkan sentimen pelabur menjadi lebih positif," katanya.


­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2024 06:39 PM | Show all posts
terbaik la bang non
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Din Tompok ok tak tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 01:09 AM | Show all posts
tentunya @EJALTI buat2 scrol laju2 khunez??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah kesan formula mula menjadi?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 09:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053276 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list