CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8638|Reply: 3

Bercinta dengan model berdarah Malaysia 20 tahun, Tobey Maguire digelar ‘orang tua gatal’

[Copy link]
Post time 12-7-2024 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2024 04:43 PM




Bercinta dengan model berdarah Malaysia 20 tahun, Tobey Maguire digelar ‘orang tua gatal
Khamis, 11 Julai 2024 9:30 PM




Tobey didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita berusia 20 tahun.


PELAKON Tobey Maguire didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan model berdarah Malaysia dikenali sebagai Lily Chee.


Tobey, 49, dan Lily yang baru berusia 20 tahun dilihat hadir ke sebuah acara yang dianjurkan jutawan Michael Rubin minggu lalu.


Bagaimanapun, peminat terkejut dengan jurang usia mereka iaitu 29 tahun malah membandingkan dengan anak perempuan aktor filem Spider-Man itu yang hanya tiga tahun lebih muda daripada Lily.

Tobey dipanggil lelaki tua gatal gara-gara bercinta dengan wanita jauh lebih muda.

Menerusi foto tular di media sosial, Tobey meletakkan tangan di bahagian punggung model berkenaan dan sekali gus menerima kecaman negatif netizen yang menyifatan aktor itu sebagai 'orang tua gatal'.


Seorang pengguna aplikasi X meluahkan rasa kesal selepas melihat gosip itu tersebar dan menyatakan bahawa Lily tidak dilahirkan lagi sewaktu filem Spider-Man pertama lakonan Tobey ditayangkan.


Malah ada yang menyamakan Tobey dengan pelakon Leonardo Dicaprio yang terkenal dengan sikap gemar berpacaran dengan wanita lebih muda.

"Dia (Lily) tidak dilahirkan ketika filem Spider-Man pertama dilancarkan," tulis netizen.


Pun begitu, bekas isteri Tobey iaitu Jennifer Meyer menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa gambar tular itu tidak seperti apa disangka sesetengah pihak.


Untuk rekod, Tobey berkahwin dengan Jennifer pada 2007 sebelum berpisah pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruby Sweetheart Maguire, 17, dan Otis Tobias, 15 tahun.


https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/07/11/bercinta-dengan-wanita-hampir-sebaya-anak-netizen-panggil-tobey-maguire-lelaki-tua-gatal




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2024 09:47 AM | Show all posts
Seharusnya ditulis ....Tobey Maguire bercinta dengan model bangsa china asal Malaysia ..... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tazangka.. lepaih ni tak minat spiderman la gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan baik Leo D'caprio.
pengaruh rakan sebaya la katakan.
what do you expect.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-8-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047987 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list