View: 10865|Reply: 36
|
"Berapa Kali Dah Aku Cakap. Aku Cakap Dengan Mulut!" - Bos Baling Makanan Atas Lantai Kerana Bengang Staf Masak Terlalu Banyak Cetus Perdebatan ...
[Copy link]
|
|
Buat mereka yang bergelar majikan atau pemilik kedai makan, sudah tentu anda mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Oleh disebabkan itu, menghidangkan makanan berkualiti tinggi sangat memainkan peranan penting agar setiap pengunjung restoran berpuas hati dan akan kembali ke kedai makan anda pada masa akan datang.
Pun begitu, bukanlah semua kedai makanan menyediakan servis ‘tip-top’. Di sesetengah kedai, ramai pekerja membuat kerja sambil lewa dan tidak menyediakan makanan yang elok kepada orang ramai.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ConfessionLocal) menyaksikan satu situasi tegang yang sedang berlaku di dapur sebuah kedai makan.
Pekerja kedai makan tersebut didakwa menyediakan makanan terlalu banyak dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Makanan yang terlalu banyak itu pula membawa kepada lebihan dan kerugian kepada pemilik kedai.
Dalam video dikongsi, kedengaran pemilik kedai memarahi anak buahnya kerana enggan mendengar arahan tentang SOP (standard operating procedure) penyediaan makanan.
Menerusi klip tersebut, tauke kedai juga telah membaling beberapa dulang berisi makanan yang sudah lama ke atas lantai.
“Aku cakap berapa kali dah. Buat (masak) jangan banyak. Sekejap lagi ada break time pukul 10 baru buat lain.
“Berapa kali dah aku cakap. Aku cakap dengan mulut! Jangan buat banyak-banyak Nanti pukul 10 buat lain. Nak bagi orang makan sedap. Benda (makanan) tak habis, siapa kena tempias?
“Roti canai keras, siapa yang menanggung (kerugian)? Semua benda dalam ni siapa yang tanggung! Aku yang kena semua. Korang tiada rugi apa pun. Aku dah cakap aku nak benda berkualiti,” tegas pemilik kedai.
Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberi pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut.
Segelintir pengguna X berpendapat pemilik kedai tidak sepatutnya membuang makanan walaupun dalam keadaan marah.
“Tahniah. Boss paling toksik 2024. Kalau banyak songeh sangat kau sendiri je la yang masak. Yang upah pekerja buat apa?” tanya seorang individu.
Ada yang berkata bahawa tindakan majikan yang memarahi staf kerana tidak mematuhi arahan adalah satu perkara normal.
“Bos okay je. Biasalah memekak kalau buat benda b*doh supaya cepat belajar lagi-lagi bab kos untung rugi. Kalau semua benda toksik, kau sendiri meniaga, jadi bos, kerja, bayar gaji, masak dan makan,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa pemilik kedai mungkin telah menegur banyak kali sebelum ini namun arahannya masih tidak dipedulikan.
“Bos ni mesti dah tegur elok tetapi staf masih buat benda yang sama dan sekarang dah limit la ni sampai bos naik angin,” jelas seorang wanita.
Pengendalian makanan khususnya dalam bidang Food & Beverages (F&B) amatlah penting. Hal ini bagi memastikan makanan tersebut selamat dimakan oleh para pelanggan.
Sebagai pemilik dan staf kedai, anda harus memastikan masa menghidang (holding time) makanan tidak melebihi empat jam tanpa kawalan suhu.
Selain itu, lebihan atau baki makanan yang disimpan terlalu lama pada suhu bilik perlu dibuang dan tidak boleh dipanaskan semula bagi menjaga kualiti. Segala langkah-langkah yang dinyatakan adalah untuk memastikan tiada pencemaran makanan berlaku.
Sumber : X/BuzzKini |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bos tu cakap masak sikit kan dekkk, kau masaklah sikit dekkkk….. lainlah bos tu tak cakap apa2, tup2 tiba2 know2 dia maki kau haaa itteww yelah bos toxic dekkkk! Masalah sekarang otak kau yang toxic tak dengar arahan anjing dekkkk…. |
|
|
|
|
|
|
|
meols puas ye dia makikan staff yang bodo buat kepala sendiri macam tu... kekadang cook yang senior ni lebih kuah drpd boss...tak fikir kos bazir apa semua...nk senang keja dia masak sekali banyak, lepas tu tunggu trip tengahari pulak.. memang selayaknya la kena hamun macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang belum pernah kerja management tak akan faham knp bos tu sampai buat mcm tu.
orang dari luar akan nampak isu moral, tetapi kena rasa jadi manager atau owner bisnes fnb modal besar yg ada beberapa pekerja bebal yang berkali kali tak ikut arahan |
|
|
|
|
|
|
|
dah berapa kali cakap masak sikit. satgi pukul 10 masak lain. nmpak la bebalnya pekerja yg tk dengar arahan boss. boss nak jaga kualiti dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sop kejadah.. makanan pun tak bertutup.. puihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
arahan bos kena ikut, bos yg bertanggungjawab ke atas anak buah |
|
|
|
|
|
|
|
betullah tu...masak bnyk2, simpan lama2 satgi basi, kena keracunan sapa nak jawab? korang pun tak suka kan gi kedai makan tgk mee goreng selambak sejuk je dalam tray. ni pekerja malas la ni nak masak bnyk kali.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada jenis masak banyak2 sebab nak bawak balik rumah |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dekat bos nak jaga kualiti tapi dapat tukang masak pemalas nak buat kerja sekali harung |
|
|
|
|
|
|
|
betul la bos tu cakap kan?
kt cafe aku ni, acik yg pantau2 lauk tu asik la suruh buat roti sardin byk2
abang buat air pula asik lawan dia ckp jgn buat byk2 nnt tak abes xkan nak simpan2, buat sekadar yg orang akan beli dan makan ajeeee..
kalau lauk lama rupa da kering pun org akan order yg goreng2, so termangu2 je la lauk tu kat situ tak berusik sbb org nak yg fresh |
|
|
|
|
|
|
|
sejak2 byk kes keracunan makanan yg membawa maut ni, brulah meols fhm kenapa company2 bsr tak bg staffs bwk balik mknn lebihan tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon sokong bos dia. klu aku pon bengang. untung rugi pekerja bawah ni bukan tau apa. lagipun dah bgtau byk kali. benak ubi tu knp.. klu aku mmg meja2 sekali aku pelangkup  |
|
|
|
|
|
|
|
Karang makanan basi, customer sakit, masuk spital dah jd kes
Bosssss jg yg kena tanggung |
|
|
|
|
|
|
|
bgus la tuan kedai nk jaga kualiti mknn...pekerja yg bebal x mo dgr arahan bos |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja malas nak masak 2-3 kali le tu...Bos kena sntiasa pantau kalau pekerja mcm ni. Memang tak sedap nak2 kalau jenis mee dan bihun mcm ni. Tapi kalau tak buang2 mcm ni tak viral la..ye dak?  |
|
|
|
|
|
|
|
[홍보프로그램판매] https://alconburycc.co.uk Promotional program sales |
|
|
|
|
|
|
|
tengok food dia pun macam tak menyelerakan..
buffet hotel ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja malas memang tak dengar arahan bos. Sebab diorang tak kisah kalau tak habis yg rugi bos. Sbb bukan diorang yg keluarkan modal.peduli apa kalau bos nak lingkup. Kata pekerja yg busuk hati tengok bos asyik tuka kereta baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2 buat gitu.. iols kata hasanah yach
Org kalau berniaga mesti tahu berapa kilo beras bihun mee semua untuk menu pagi.. bukan menu sama dari pagi dengan tgh kut |
|
|
|
|
|
|
| |
|