View: 19613|Reply: 5
|
Rakan baik sendiri jadi dalang penculikan di Myanmar - “Ketika itu, dia (rakan lama) mengajak saya keluar dan belanja makan"
[Copy link]
|
|
SEPANG – Bukan sahaja ditipu rakan lama, tetapi seorang lelaki rakyat tempatan turut mendakwa diperdaya sehingga menjadi mangsa culik di Maesot, Myanmar.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Law, 37, adalah rakyat Malaysia terbaharu yang berjaya diselamatkan Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) dan dibawa pulang dengan selamat ke tanah air.
Law ketika ditemui sebaik tiba di di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berkata, kisah gelapnya bermula apabila dihubungi rakan lama yang dikenalinya lebih 10 tahun pada April lalu.
“Ketika itu, dia (rakan lama) mengajak saya keluar dan belanja makan sebelum ajak saya pergi ke Bangkok untuk menghadiri upacara keagamaan sambil bercuti.
“Saya setuju dengan ajakan kerana dia (rakan) menawarkan untuk menguruskan semua perbelanjaan saya ketika di sana.
“Walaupun dia tidak menyediakan tiket pulang ke Kuala Lumpur, saya tetap meneruskan perjalanan itu dengan menaiki penerbangan ke Bangkok pada 7 Mei lalu,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba di Bangkok, rakan memintanya untuk menaiki kereta dan memberinya minuman sebelum pengsan.
Jelasnya lagi, apabila sedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah kawasan kampung di Maesot, Myanmar.
Law berkata, apabila tiba di sebuah rumah, empat lelaki China serta seorang lelaki Malaysia memintanya supaya menghubungi isteri dan meminta wang tebusan daripada isteri sebanyak RM50,000.
Katanya, ketika berada di sana, dia kerap dipukul menggunakan kayu dan besi selain dikelar di leher serta tangan bersama beberapa lagi mangsa lain.
“Saya bernasib baik apabila berjaya melarikan diri dan bertemu seorang askar Myanmar. Saya diberi perlindungan oleh askar berkenaan selama dua minggu sebelum wakil MHO tiba dan membawa saya ke Bangkok untuk pulang ke Kuala Lumpur.
“Saya pernah cuba menghubungi rakan saya itu tapi gagal dihubungi. Saya akui sakit hati apabila memikirkan dalang penculikan saya adalah rakan saya sendiri,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Viralkan lah kawan hang tu.. mesti ada gambar dia kan..? Biar jadi amaran kepada yg lain. Musibat punya kawan. Ngeri aku baca. Tapi part yg dia x belikan ticket balik tu pun sepatutnya suspicious. Kalau jadi begini, kau patut war2 kan dgn siapa kau pegi. Post kat fb gambar berdua dgn kawan tu masa kau pegi dgn dia tu... biar dia jadi org terakhir dilihat bersama. Nasib baik ko sempat melarikan diri. Yg x sempat melarikan diri mcm mana?
“Walaupun dia tidak menyediakan tiket pulang ke Kuala Lumpur, saya tetap meneruskan perjalanan itu dengan menaiki penerbangan ke Bangkok pada 7 Mei lalu,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram sungguh baca...nasib baik dia selamat balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mcm cerita movie ni. ini dari kawan terus jadi musuh besar |
|
|
|
|
|
|
|
keji betul kawan tu
mohon viralkan maklumat kawan tu
biar polis tahan dia blacklist dll |
|
|
|
|
|
|
|
officemate chinese dah cerita pasal sindiket ni. diaorg yg call approach kawan atau sedara dekat malaysia ni dipaksa utk berbuat demikian utk cari lagi org. kalau target tak smpai siap la. kalau tak organ kena jual atau dijadikan peacur. jahat sgt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|