CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12055|Reply: 6

Pura-Pura Jual Emas, 4 Warga Asing Samun Wang Tunai Rm360,966 Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 4-7-2024 08:16 AM | Show all posts |Read mode




Ampang: Berpura-pura terbabit urusan jual beli emas, sebelum menyamun mangsa. Taktik itu digunakan empat warga asing sebelum melarikan wang tunai RM360,966 milik lelaki tempatan di Jalan Sulaiman 1, di sini, minggu lalu.


Kecekapan polis bagaimanapun berjaya menahan semua mereka pada 28 Jun dan 29 Jun lalu, dengan dua daripadanya direman hingga 12 Julai dan dua lagi hingga 16 Julai.


Namun, seorang lagi suspek dipercayai terbabit kes itu masih dalam buruan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku pada 4.20 petang, 24 Jun lalu selepas mangsa berusia 45 tahun dibawa menaiki kereta untuk ke pejabat suspek bagi bertemu seorang lelaki didakwa berminat menjual jongkong emas.


Katanya, ketika dalam perjalanan itu, suspek memaklumkan kepada mangsa yang transaksi jual beli akan dibuat di kawasan pejabat dan dia dibawa dibawa ke lokasi kejadian.


"Tiba di lokasi itu, suspek memaklumkan mahu melihat bukti wang berjumlah RM360,966 (dibawa mangsa), lalu meminta mangsa beralih ke tempat duduk belakang untuk menyelia proses kiraan wang.


"Mangsa kemudian meninggalkan beg mengandungi wang berkenaan di tempat duduk hadapan dan berpindah ke tempat duduk belakang.


"Sejurus mangsa beralih tempat duduk, secara tiba-tiba suspek merampas beg terbabit dan keluar kereta serta melarikan diri dengan kereta lain yang sedang menunggu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Hussein berkata, mangsa yang terkejut cuba membuka pintu kereta namun gagal kerana dikunci. Dia akhirnya berjaya keluar melalui tingkap.


Susulan laporan, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 24 hingga 37 tahun di Persiaran TRX dan Jalan Razak Mansion, Kuala Lumpur.


"asukan serbuan merampas wang tunai RM28,300, dua kereta, telefon bimbit (enam), laptop (satu), pakaian, kasut, kad bank (enam), dan kunci rumah," katanya.


Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kenderaan digunakan suspek bernombor pendaftaran palsu, manakala jongkong emas didakwa tidak wujud.


Beliau berkata, usaha memburu seorang lagi suspek yang masih bebas giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
why tk mention warga asing dari mana tu? konoha ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
konoha ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dtg tempat org merompak plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa apa..dah bnyk sgt bangsa asing kat Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 11:38 AM | Show all posts
Semoga mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2024 12:44 PM | Show all posts
CoffeeOverdose: why tk mention warga asing dari mana tu? konoha ke tu?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044494 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list