CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6850|Reply: 52

"Kenapa tengok saja...tak perlu takut buat CPR" - Dr Malar

[Copy link]
Post time 3-7-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Walaupun tidak tahu cara atau tiada pengalaman melakukan prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR), sesiapa saja perlu bertindak segera memberikan bantuan kecemasan itu jika berdepan dalam situasi yang boleh mengancam nyawa.


Pegawai perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr S Malar Santhi, berkata sesiapa saja yang berdepan situasi cemas perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa terlebih dahulu dan tidak perlu takut untuk melakukan prosedur berkenaan.


Mengambil contoh kes pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Ahad lalu, Dr Malar berkata, apa yang penting dalam situasi seperti itu adalah respon yang betul, tepat dan cepat.


Beliau berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan sesiapa yang berdepan situasi berkenaan adalah memeriksa respon mangsa dan jika tiada sebarang respon, jerit segera meminta bantuan dan meminta peranti defibrillator luaran automatik (AED) dibawa ke lokasi kecemasan.


"Kemudian, anda sendiri perlu mulakan CPR. Jangan toleh kiri kanan depan belakang cari orang lain. Tidak kisah sama ada anda pernah belajar CPR, tidak pernah buat CPR, pernah belajar tapi sudah lupa atau takut, tolak tepi semua perasaan itu.


"Ambil kedua-dua tapak tangan dan letakkan dekat tengah-tengah dada mangsa, terus mulakan CPR dengan menghenjakkan bahu anda ke bawah dan berikan tekanan sekuat mungkin. Jangan takut dia (mangsa) sakit kerana orang itu tiada nadi pun, jangan takut patah tulang rusuknya.


"Anda hanya berikan tekanan CPR kepada mangsa dengan harapan jantung dia boleh mengepam kembali. Biasanya dalam dua ke tiga minit CPR dilakukan, anda akan penat dan pastikan ada orang di sekeliling anda yang boleh ganti membuat CPR ini sehingga bantuan profesional, seperti ambulans atau paramedik sampai," kata beliau melalui Facebooknya.





Dr Malar juga memaklumkan, sesiapa yang memberikan bantuan kecemasan, termasuk CPR dalam situasi yang mengancam nyawa, tidak boleh didakwa atau disaman walaupun mangsa mungkin mengalami kecederaan.


"Anda tidak boleh didakwa dan disaman, kononnya salah bagi CPR atau sampai patah tulang rusuk mangsa. Ada perlindungan undang-undang (untuk pemberi bantuan), jadi tidak perlu takut.


"Hanya takut kepada Pencipta yang soal anda satu hari nanti, kenapa tengok saja, tidak buat apa-apa dan tidak jalankan tanggungjawab.


"Ingat, mangsa itu, bila tiba ajalnya, dia akan pergi juga, tidak awal atau tidak lewat sesaat pun. Cuma kita yang dihadirkan di sebelah mangsa pada ketika itu yang diberi ujian, nak lihat sama ada kita tengok buat tidak tahu saja, berada dalam ketakutan atau kita jalankan tanggungjawab kita.


"Ya, kita semua memang diingatkan untuk berdamai dengan takdir dan menerima takdir tapi janganlah berserah kepada takdir sebelum berusaha dan buat apa-apa pun. Terus melopong berserah pada takdir. Bagi saya, itu salah," katanya.


Dalam insiden di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, kelmarin, Zhi Jie, 17, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika pertemuan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.


Zhi Jie yang sedang berdepan Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap ketika perlawanan itu. Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain itu dikejarkan ke hospital.


Bagaimanapun, Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.


Selepas rakaman video insiden itu tular di media sosial, orang ramai marah kerana mendakwa pasukan perubatan lambat bertindak dan kelihatan teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan sejurus pemain itu rebah di dalam gelanggang.


Bagaimanapun, jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur, dan memaklumkan pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pula org keliling tercengang tengok dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 01:32 PM | Show all posts
kanoha apa je yg pandai
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 01:39 PM | Show all posts
mana boleh suka2 tekan je dada org tu
kang terkuat patah lak tulang
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 3-7-2024 01:39 PM
mana boleh suka2 tekan je dada org tu
kang terkuat patah lak tulang

Setahu aku yg patah tu klu guna equipment yg mcm iron tu itupun kalau byk kali. Kalau pakai tangan insyaAllah tak patah. Kuat manalah manusia ni sgt. Malah akan boleh bantu sementara. Tapi klu dah ajal macamana kan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 02:40 PM | Show all posts
annadonna replied at 3-7-2024 02:35 PM
Setahu aku yg patah tu klu guna equipment yg mcm iron tu itupun kalau byk kali. Kalau pakai tangan ...

ada g kelas cpr
ada bahagian tulang yang leh patah kalau salah tekan
kalau salah posisi masa menekan, pressure badan sekali tekan
sebab tu posture kena betul
kadang tgk orang cpr dgn badan2 dia sekali menaik g tekan sungguh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85: Boleh pula org keliling tercen ...
tu la pasal
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:02 PM | Show all posts
orang tak terpikir boleh mati, agaknya ingat pengsan saja

siapa sangka boleh terima ajal di gelanggang
tapi geletik2 macam kena sawan patutnya gelabah la juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nangis2 team China masa upacara sarung medal juara
Siap bw jersey mendiang lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:26 PM | Show all posts
renko: mana boleh suka2 tekan je dada org tukang terkuat patah lak tulang


kene tahu juga asas nak buat CPR dan ada pengalaman buat CPR..bab2 mcm ni mana boleh pandai2..nyawa kot

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
“ "Hanya takut kepada Pencipta yang soal anda satu hari nanti, kenapa tengok saja, tidak buat apa-apa dan tidak jalankan tanggungjawab.”

Akak flip hair sissy sambil berkata i want to see that person die hagayyyyychew sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:46 PM | Show all posts
Kalau football player jatuh walaupun drama queen tetap ada yg berlari pi tengok..ni masing2 buat bodoh..bila iols tgk video tu rasa nak tolak je coach dia pi check apa jadi sbb cara mangsa jatuh pun dah red flag..then kena seizures dan tak bergerak..takkan la masih dok berkira nak gi tgk ke tak



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 3-7-2024 01:39 PM
mana boleh suka2 tekan je dada org tu
kang terkuat patah lak tulang

....lagi copat pulok dia meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 05:01 PM | Show all posts





aritu nampak mesin AED ni di Masjid Melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 05:19 PM | Show all posts
Nak jadi first aider, tapi basic pun tak tau. Bodo
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 3-7-2024 01:39 PM
mana boleh suka2 tekan je dada org tu
kang terkuat patah lak tulang


tapi ada juga yg bgtau, ribs patah masa cpr tu benda biasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 05:37 PM | Show all posts
Bagaimanapun, jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur, dan memaklumkan pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang.


salahkn la jurulatih tu, mesti ada jurulatih ada kt tepi, takkanla mamat ni datang jauh2 dari china takde coach ikut.. igt ni kejohanan badminton kampung ka??
cubela pikir, ko kalu menang, leh je serbu gelanggang bagai, takde pun minta kebenaran

ni anak buah sndiri menggelupur, ko tgk aja, dasar coach sial..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh cakap mmg senang... siapa je tak cuak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Medical team dtg pun tak serta merta buat cpr. Langsung angkat aje..mmg tindakan salah dr medical team pun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 3-7-2024 09:01 AM
aritu nampak mesin AED ni di Masjid Melaka...

Cool! Mesin ni patut ada di semua sekolah juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.111356 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list