CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10633|Reply: 8

Sudah bertapak di Malaysia sejak 1990an, BlackRock miliki aset RM27.5 bilion di Malaysia

[Copy link]
Post time 28-6-2024 10:01 AM | Show all posts |Read mode






PARLIMEN | Firma kontroversi BlackRock sudah bertapak di Malaysia sejak 1990an dan kini memiliki aset pelaburan sebanyak RM27.5 bilion di negara ini.


Bagaimanapun, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan syarikat Amerika Syarikat itu tidak mempengaruhi dasar negara.


"BlackRock telah berada di Malaysia pada tahun 1990-an dan menurut data yang diperoleh secara terbuka, setakat Mei 2024, BlackRock sebagai sebuah firma pelaburan global sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institut perbankan di negara ini.


"Jadi secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai RM27.5 bilion di Malaysia, RM20.5 bilion di Bursa dan RM7 bilion di dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia," katanya.


Dia berkata demikian ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia.


Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penguguran pelaburan BlackRock daripada Malaysia dijangka akan mendatangkan kesan negatif kepada usaha merealisasikan agenda pelaburan negara.


Namun, katanya ia tidak menjejaskan perdagangan Malaysia dengan negara-negara lain, sekiranya kerajaan mengambil pendirian untuk tidak membenarkan pelaburan dengan syarikat tersebut.


“Isu itu tak berbangkit kerana tidak ada polisi atau dasar yang kita menghalang syarikat-syarikat seperti BlackRock, Vanguard atau mana-mana syarikat lain yang ada kepentingan dalam syarikat-syarikat global ini atau pun kepentingan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai.


"Kita tak ada penglibatan atau polisi yang menghalangi mereka buat masa ini," katanya menjawab soalan tambahan Lim mengenai kesan perdagangan kepada negara lain, jika Malaysia tidak membenarkan BlackRock melabur di negara ini.


Sementara itu Tengku Zafrul memaklumkan, beberapa syarikat pemilikan saham firma pelaburan global tersebut turut menyumbang kepada pertumbuhan subsektor semikonduktor di beberapa negeri.


Antaranya Intel menyumbang kepada pertumbuhan subsektor di Pulau Pinang, Infineon di Melaka dan Kedah, Texas Instruments dalam industri elektrikal dan elektronik di Melaka serta Kuala Lumpur serta subsidiari Boeing, iaitu Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM) dalam industri aeroangkasa di Kedah.


Dari segi nilai eksport pula, Tengku Zafrul menjelaskan, syarikat-syarikat dengan pegangan saham BlackRock memberi sumbangan besar kepada pendapatan eksport negara.


“Intel telah menyumbang RM50 bilion nilai eksport untuk komponen semikonduktor; Texas Instruments eksport komponen elektronik (RM20 bilion); Microsoft eksport perkhidmatan teknologi maklumat (RM15 bilion) dan Boeing eksport komponen aeroangkasa (RM10 bilion),” tambahnya.


Sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah kalau nak boikot semua benda
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitu la sblm pegang kuasa di janjikan nak di bersihkan semuanya. Bila dah pegang kuasa tiba2 kata bkn kuasa menteri. Sebab tu jgn suka percaya menteri2 kaki sembang. Salah pangkah dah dapat taik. Ckup 5 tahun semua menteri dpt pencen. Kita semua hadap la hutang Dan kerosakkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Org politaik ni sebenarnya scammer berlesen.....sah Dr segi undang2. Kalau lwn kt court pun kalah dgn depa, jawapan diorg senang je .....mmg kami janji palsu, bohong, pitenah tp kami xde ugut dgn pisau letak kt leher pengundi  suh pangkah kami. Itu la yg nuart and the gang dh buat kt korang sbb rkyt msia mmg mudah kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahhhhh

https://www.majalahlabur.com/saham/siapa-jerung-antarabangsa-dan-di-mana-mereka-suka-melabur/

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kito tokleh elak daripada co exist kongsi oksigen (dunia) dengan Yahudi nampaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 28-6-2024 03:41 PM
Kito tokleh elak daripada co exist kongsi oksigen (dunia) dengan Yahudi nampaknya.


Serail tableh msk Msia...yahudi boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 28-6-2024 11:37 AM
Org politaik ni sebenarnya scammer berlesen.....sah Dr segi undang2. Kalau lwn kt court pun kalah dg ...

Wan fayshal tu terpaling bangsat celaka keluar kan isu yang bukan2 asalkan boleh riding isu palestin..

Auto bodoh bila masuk politik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Half cooked punya statement

Ordinary share atau preference share? Class A atau class B?

Dekat malaysia ni kita boleh mengamalkan dual class shares di mana ada pemegang share yang ada voting right dan ada yang takde..

Biasanya saham yang beli di pasaran terbuka bursa saham takde voting right.. inilah saham2 yanv dibeli oleh blackrock sebelum ni

Kali ini berbeza.. 25% saham dijual secara direct nego.. bangkem tak check lagi sqma ada MAHB ada guna dual class share (DCS) jugak ke tak tapi biasanya GLC mestilah guna DCS kan untuk protect kepentingan rakyat dan negara..

Sekali lagi bangkem nak bagitau, bangkem tak kesah nak jual kat blackrock.. tapi kenapa GELOJOH sangat nak jual 25% tu sedangkan MAHB untung besar setiap tahun?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045482 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list