CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3761|Reply: 0

[Kedah] Bantuan kewangan RM500 di bawah inisiatif BSPT

[Copy link]
Post time 26-6-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Bantuan kewangan RM500 di bawah inisiatif BSPT

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

26 Jun 2024 01:50pm








Halimaton Shaadiah - Foto: UPDA




ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyediakan bantuan RM500 bagi membantu pesakit kronik di bawah inisiatif Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).

Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, bantuan kewangan secara sekali gus itu akan diberikan kepada setiap pesakit kronik ataupun penjaga kepada pesakit kronik.



Menurutnya, bantuan terbabit juga layak diterima pesakit kronik terlantar atau pesakit kronik orang kurang upaya (OKU) terlantar.

"Bagi Jun 2024, sebanyak 152 borang permohonan telah diterima dari setiap daerah dan 148 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa BSPT.

"Malah, Jawatankuasa BSPT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM74,000 untuk bulan ini," katanya pada Rabu.

Jelas Halimaton Shaadiah, syarat permohonan termasuklah pemohon merupakan warga Malaysia bermastautin di Kedah dan pesakit kronik atau pesakit kronik terlantar iaitu sakit yang berkekalan.

"Antara syarat lain, terlantar iaitu boleh diubati atau dipulihkan dan memerlukan rawatan susulan namun menjejaskan mata pencarian atau pengawasan berterusan,"katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam memaklumkan, orang ramai yang mempunyai kriteria seperti dinyatakan boleh memohon bagi meringankan bebanan golongan sasar ini.




Bagaimanapun, tambah Halimaton Shaadiah, beberapa dokumen diperlukan untuk permohonan bantuan ini seperti salinan kad pengenalan pemohon, laporan perubatan, salinan bil utiliti, oenyatan akaun bank terkini serta gambar berwarna pemohon /pesakit.

Kongsinya lagi, borang permohonan itu boleh didapati di semua Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, Pejabat Penghulu Mukim atau semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat atau Penyelaras DUN.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062311 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list