CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3057|Reply: 8

[Jenayah] "Saya Tidak Akan Halalkan" - Membuat Kad Undangan Pertunangan Palsu, Menyuruh Take Down Post Atau Tindakan Tegas Akan Diambil!

[Copy link]
Post time 24-6-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini nama pelakon wanita, Ruhainies menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Malah pelakon itu terus menjadi tumpuan ramai bahkan turut disebut oleh bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah selepas dia dan aktor itu sah bercerai talak satu pada Jun lalu.
Ruhainies berang ada pihak reka kad undangan pertunangan

Terbaharu, Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila mendakwa ada pihak tak bertanggungjawab yang bertindak mereka kad undangan digital pertunangannya bersama Aliff Aziz.

Menerusi kad berwarna putih itu, tertera tertulis ‘Majlis Pertunangan Ruhainees & Aliff Aziz’ yang akan diadakan pada 29 Jun di Forest Valley Hall.
Minta pihak berkenaan padam atau tindakan lanjut diambil

Berang dengan perkara itu, Ruhainies menerusi Instagram meminta pihak berkenaan untuk memadam hantaran kad tersebut.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahu mengambil tindakan tegas jika individu berkenaan enggan melakukannya.

“Sila take down post ini atau tindakan tegas akan diambil. Dan saya juga tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan,” tulisnya di IG Story.
Tegaskan artikel dikeluarkan bukan dari temubual dengannya adalah palsu

Enggan berdiam diri kerana difitnah, aktres itu turut menegaskan segala berita mengenai dirinya yang dikeluarkan blogger mahupun media tanpa sesi temubual adalah palsu.

“Terlalu lama saya mendiamkan diri dan membiarkan orang mereka certita fitnah macam-macam tenang saya. Terlalu banyak juga media dan blogger yang tidak bertanggungjawab membuat artikel tanpa menemubual saya dan pembaca mengangggap perkara yang dikeluarkan adalah benar.

“Ingin saya tegaskan disini, segala apa artikel yang dikeluarkan selama ini yang bukan interview dari mulut saya yang telah dikeluarkan adalah palsu,” ujarnya lagi.

Mahu pihak lain untuk ambil pengajaran

Sementara itu, Ruhainies hari ini (24 Jun) turut memuat naik satu lagi hantaran di Instagram Story mahu peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil pengajaran.

“Saya akan pastikan kamu akan membayarnya. Pengajaran untuk syarikat-syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ini mereka-reka cerita demi naikkan pengikut dan viewers.

“Saya dah lama sangat berdiam. Kepada pengguna IG yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial. Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka-mereka ini. Dunia ini dah terlalu tenat.”
Minta pengikut kongsi jika masih ada pihak tak bertanggungjawab sebar fitnah

Ruhainies dalam masa sama meminta pengikutnya untuk berkongsi dengannya sekiranya masih ada pihak yang tak bertanggungjawab menabur fitnah serta mereka-reka cerita tak berasas.

Dia juga meminta agar orang ramai membuat laporan kepada akaun media sosial berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2024 05:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2024 05:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Fitnah dan rekaan ya?? So apa cerita yg benar?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 08:08 AM | Show all posts
ni isu semasakah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Deep down iols team Ruhainies
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mak AA dh bg izin. jgn tunggu lama2.. nnti SY caras pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:07 AM | Show all posts
mmg patut pon ruhanat marah. buruk dan low class kot kad tu. not my level... not my level.... choiii 1 penghinaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
saja je biz owner ni  fitnah ngan create kad paling hauk utk ruru..terhina sheols

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.076333 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list