CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9605|Reply: 35

Emelda Rosmila Botak Kepala Demi Watak – ‘Saya Nak Buat Kelainan Supaya Dapat Menonjol Dalam Filem’

  [Copy link]
Post time 22-6-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode




Demi menjayakan watak, pelakon Emelda Rosmila sanggup membotakkan kepalanya menerusi filem terbaharu, Abnormal Buas.


Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Emelda Rosmila Abdul Hamid memaklumkan bahawa, penampilan tersebut dilakukan atas kemahuannya sendiri dan bukanlah kerana arahan pengarah atau meniru mana-mana karakter filem.








"Watak saya pun tak banyak babak dan dialog, jadi saya nak buat kelainan yang boleh menonjolkan watak saya dalam filem ini."


"Saya pun sudah lama berlakon, jadi perlu cari kelainan supaya orang nampak lakonan saya."


"Saya bukan buat untuk orang tengok saya, tapi buat lebih kepada kepuasan diri. Memang saya tak rujuk mana-mana karakter, semuanya reka sendiri."


Menurut aktres berusia 45 tahun itu, ini merupakan kali kedua dia membotakkan kepalanya, justeru dia tiada sebarang masalah untuk berbuat demikian.


"Sebenarnya ini bukan kali pertama saya cukur rambut, ketika saya berumur 19 20 tahun saya dah pernah buat."


"Untuk bertukar imej bukan satu masalah dan karakter yang saya bawa ini umpama diri saya yang ketika berusia 20 tahun. Ianya seperti membawa saya balik ke personaliti saya yang dulu."


Emelda berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem Abnormal Buas yang berlangsung di Midvalley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Dalam pada itu, suaminya yang juga aktor Adlin Aman Ramli, sama sekali tidak pernah menghalang keputusannya untuk mengubah imej.


"Adlin okay sahaja, malah dia suka sebab dia rasa macam ada teman wanita baru."


"Dia pula tak bagi saya panjangkan rambut, setiap kali rambut tumbuh panjang, dia akan suruh saya cukur."


Abnormal Buas turut menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Kodi Rasheed, Datuk Rahim Razali, Shaheizy Sam dan Nabila Huda.


Filem tersebut juga sudah memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 20 Jun lalu.


Sekadar info, filem ini merupakan hasil karya terakhir pengarah Allahyarham Azhari Zain.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk ckp hukum agama memanglah perempuan tak leh menyerupai lelaki. Tapi klu cakap pasal fesyen, pada aku dia stylo. Dia botak kan/ pendek kan rambut pon sesuai dgn feature muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari segi hukum agama boleh ke perempuan botak kan kepala.maaf sis kurang arif.jd tumpang bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak botak sebab malas berdandan jaga rambut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgok nama barisan pelakon pun alahaiii.. kecuali nabila huda
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 03:02 PM | Show all posts
tak payah laaaaaaaaaa.. takde sapa heran ngn keluarga tompel ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AkuXpernahJauh: Dari segi hukum agama boleh ke ...


haram but kalau ada uzur dan sakit takpe
i dpt dari
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2080-al-kafi-508-hukum-wanita-membotakkan-kepala
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, buruknya la yang tersangkut kat lubang hidung tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
semlm tertgk astro kol 6 dia berlakon..memang dari dulu bibir atas dia tebal ke? sbb nampak mcm bengkak yg bawah normal..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut rambut tak tumbuh balik aje
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 05:04 PM | Show all posts
Dah berlakon semula rupanya...
Aritu macam dah seronok menjadi petani modern yang berjaya dan jauh dari dunia glamour...
Apa² laaaa, asalkan dia gembira dan bahagia dengan hidup dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kau botak pun kalau lakonan kayu, tak guna jugak.. btw iols suka cerita manjalara
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya pun sudah lama berlakon, jadi perlu cari kelainan supaya orang nampak lakonan saya.
Saya bukan buat untuk orang tengok saya, tapi buat lebih kepada kepuasan diri"

Eh babi. Yg mana satu ni, sangkak??!
Kau nak org nmpk kau ke, tak? Ha nilah retis bodoh tak sekolah tinggi. Muka nenek kebayan, bokop sana bokop sini, acah2 terpaling seni. Ale utoh kau dgn laki kau yg muka mcm budak terencat tak cukup zat
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 22-6-2024 10:35 PM
"Saya pun sudah lama berlakon, jadi perlu cari kelainan supaya orang nampak lakonan saya.
Saya bukan ...

Teringat pulak masa pkp dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak kes dia claim dia mkn daging netizen mkn ikan kering tu mmg aku dah cancel dia ni. Huduh sungguh hati sheols
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah hodoh perempuan botak tak kira la demi more ke siapa ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2024 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sharifah Amani senyum sinis
No ter ya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-6-2024 02:05 AM
Sharifah Amani senyum sinis
No ter ya

Daphne iking tersenyum sinis juga. Atilia pernah botak.jugak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
2 laki bini ni berlakon cerita masa pkp... berlakon as laki bini gak.. best lakonan depa... bersahaja. Tak ingat tajuknya. Antara pelakon2 lain ialah Syafiq Kylie dan Khadijah nama nya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2024 10:00 AM | Show all posts
watak tak banyak tapi nak menonjol punya pasal pi botakkan kepala. mcm membazir je.. takut ujung2 org tak igt pun watak sheols
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113852 Replies : 490
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30499 Replies : 187
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 42629 Replies : 79
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 9324 Replies : 71
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 11444 Replies : 78
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 16727 Replies : 138
Pelawak Dan Isteri Direman, Sebar Maklumat Dalaman Polis.Siapakahh?
YgBenarPelawak Dan Isteri Direman, Sebar Maklum
Views : 3479 Replies : 2
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 11976 Replies : 162
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 86247 Replies : 799
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78705 Replies : 3269

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.080434 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list