CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2108|Reply: 0

[Pulau Pinang] Subsidi jangka panjang tak mampan, Malaysia perlu hidupkan semula sektor pertanian - CAP

[Copy link]
Post time 20-6-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Subsidi jangka panjang tak mampan, Malaysia perlu hidupkan semula sektor pertanian - CAP


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 20, 2024 @ 1:35pm [email protected]




Rakyat Malaysia makan lebih 940 juta telur setiap bulan, menjadikan ia sebagai sumber protein penting dan mampu milik dengan kegunaan kulinari yang pelbagai. - foto hiasan BERNAMA





GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong usaha bagi menurunkan harga makanan tetapi menggesa kerajaan untuk menangani cabaran keselamatan makanan Malaysia dengan lebih mendalam dan berpanjangan.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata inisiatif kerajaan bagi memberi subsidi harga telur pula perlu dilihat sebagai langkah sementara, memandangkan subsidi jangka panjang tidak mampan.

Katanya, rakyat Malaysia makan lebih 940 juta telur setiap bulan, menjadikan ia sebagai sumber protein penting dan mampu milik dengan kegunaan kulinari yang pelbagai.

"Penternak ayam sangat bergantung kepada makanan import yang membentuk sebanyak 70 peratus daripada kos keseluruhan bagi membesarkan ayam.

"Bagi menstabilkan harga makanan, adalah penting bagi melakukan pelaburan dalam pengeluaran makanan tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, institusi pengajian tinggi Malaysia sudah menjalankan banyak penyelidikan tentang pengeluaran makanan haiwan yang berkhasiat dan berpatutan, jadi penggunaan penyelidikan ini boleh mengurangkan kebergantungan kepada import dan menyokong pertanian tempatan.



Penternak perlu mempertimbangkan bagi mengurangkan kebergantungan mereka kepada makanan ayam import dari Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. - foto BERNAMA

Selain itu, penternak perlu mempertimbangkan bagi mengurangkan kebergantungan mereka kepada makanan ayam import dari Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

"Ketika rakyat Malaysia terus menggunakan kuantiti telur yang besar, pengguna menyatakan harapan bahawa lebih banyak barangan makanan penting akan diberi subsidi, membawa kepada pengurangan harga di kedai makanan," katanya.

Katanya, isu makanan sudah menghantui Malaysia sejak tahun 1980-an, apabila negara mula meminggirkan pertanian dan beralih kepada perindustrian dan sektor perkhidmatan.

Malaysia perlu hidupkan semula sektor pertanian
"Oleh itu, Malaysia perlu segera menghidupkan semula sektor pertanian bagi memastikan keselamatan makanan untuk negara.

"Walaupun subsidi bagi barangan makanan penting lain juga perlu, CAP menentang subsidi untuk gula kerana kadar diabetes yang tinggi di Malaysia, tertinggi di rantau Pasifik Barat dan antara yang tertinggi di dunia.

"Penggunaan gula isi rumah rata-rata dianggarkan sebanyak 2.6kg sebulan, menyumbang secara signifikan kepada isu kesihatan ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.185857 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list