CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3086|Reply: 0

[Kedah] Sudah 50 tahun tapi masalah sampah belum selesai

[Copy link]
Post time 12-6-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Sudah 50 tahun tapi masalah sampah belum selesai


Noorazura Abdul Rahman
[email protected]



ANTARA longgokan sampah di sepanjang jajaran Sungai Merbok yang menyebabkan pencemaran hutan paya bakau. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Sungai Petani: Sebanyak 15 kawasan longgokan sampah dikenal pasti di sepanjang Sungai Merbok di daerah ini menyebabkan berlaku pencemaran hutan paya bakau.

Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, keadaan itu berpunca akibat sikap segelintir masyarakat yang tidak peka dengan kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Menurutnya, perkara itu sudah berlarutan sejak 50 tahun lalu hingga menjejaskan ekosistem kawasan berkenaan.

"Tidak berdisiplin dan kurang kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar menyebabkan tabiat membuang sampah ini terus berlanjutan sehingga ke hari ini.

"Situasi ini tidak boleh dibiarkan kerana bukan saja menjejaskan pertumbuhan pokok bakau, malah akan merebak dan mencemarkan Sungai Merbok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kawasan pembuangan sampah berkenaan bersama agensi berkaitan, semalam.

Abdul Gafar berkata, terdapat puluhan spesis bakau di kawasan terbabit yang menjadi tarikan pelancongan.

Menurutnya, berikutan itu pihaknya merancang untuk mengadakan program gotong-royong dan kempen kesedaran kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Selagi mana kita boleh berusaha untuk menguruskan sampah dengan sebaiknya, kita akan buat, saya harap masyarakat sedar serta berusaha untuk bersama-sama menjaga kebersihan.

"Tahun 2025 adalah Tahun Melawat Kedah dan kawasan hutan bakau ini antara lokasi tumpuan pelancong," katanya.



Disiarkan pada: Jun 12, 2024 @ 10:48am



[size=0.95]









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036492 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list