View: 6992|Reply: 19
|
Tanggung Tugas Besarkan Dua Anak Lelaki, Rita Rudaini Menangis Senyap-Senyap Tanpa Pengetahuan Anak-Anak
[Copy link]
|
|
Membesarkan dua anak lelaki bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi apabila dilakukan sendirian. Inilah yang dilalui oleh pelakon terkenal, Rita Rudaini.
Pada usia 48 tahun, Rita Rudaini Mokhtar telah menunjukkan kekuatan luar biasa dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai ibu tunggal kepada dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Rita Rudaini, yang lebih dikenali melalui lakonannya dalam filem seperti Mami Jarum, berkongsi bahawa walaupun dia kelihatan kuat di mata orang lain, hakikatnya dia juga manusia biasa yang mempunyai masa-masa lemah.
Dalam satu temubual dengan media, Rita mendedahkan bahawa untuk melepaskan segala lelah dan tekanan, dia sering mengimbau kembali kesukaran yang telah dilaluinya.
“Orang nampak saya kuat tetapi saya hanya manusia biasa. Ada masa saya lemah. Bila saya penat bekerja, saya akan mengimbau kembali kesusahan saya dan ketika itulah saya terlalu letih sehingga menangis tetapi senyap-senyap. Orang tidak tahu bila saya akan menangis termasuk anak-anak,” kata Rita.
Rita juga menekankan betapa pentingnya untuk melepaskan emosi yang terbuku dalam hati. Walaupun dia adalah seseorang yang jarang menangis, namun dia sedar bahawa menangis adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan yang dialaminya.
“Kadang-kadang, saya pun kena menangis juga. Itu cara saya lepaskan (perasaan). Saya ini jenis susah menangis tetapi perlu untuk saya lepaskan. Kalau tak saya suka simpan. Kadang-kadang sampai satu masa benda-benda kecil pun boleh buat saya marah sebab saya simpan,” ujarnya lagi.
Peminat dan pengikut Rita di media sosial sering kali memberi kata-kata semangat dan sokongan kepadanya. Mereka kagum dengan ketabahan dan kekuatan Rita dalam menghadapi segala dugaan dan membesarkan anak-anaknya seorang diri.
“Keletihan Rita kini terbalas dengan kecemerlangan anak-anaknya dalam akademik. Dia idola saya, seorang wanita kuat dan tabah,” kata seorang peminat.
“Ibu yang hebat membesarkan dua orang anak. Semoga Rita dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah sentiasa,” ujar seorang pengikut. “Rita Rudaini tidak sedar dia seorang yang kuat. Kalau tidak dia tak dapat lalui dugaan dengan tabah dan membesarkan anak-anak seorang diri,” tutur peminat lain.
Rita berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun berpisah pada September 2013.
Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki yang kini menjadi sumber kekuatan dan inspirasi Rita dalam meneruskan hidup.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia masih di MRSM lagi kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi anak baca sini tahu la dia nangis |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia tukar dr mrsm monceh ke sungai besar..tak pe la acik...nangis tu biasa biasa je bagi b40..kekadang bila tengok bil letrik pon nangis |
|
|
|
|
|
|
|
Elok2 budak2 tu ada bapak ko jugak yg halang diaorang jumpa...patut kau berbaik dgn bapak diaorang...ni kau tak habis2 cari pasal..benda kecik spender baju dalam pun kau nak ungkit. Makbapak mertua pun kau cari gaduh. Suami orang pun kau nak rampas... Pastu citer semua kat socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
dah takde cerita lain, mula la ungkit2 kepayahan...kejerihan...kesusahan...kelelahan..kepenatan...kesukaran...kesulitan...kerumitan...bla..bla.....
merana betul acikrut nk membesarkan anak 2 org tu ya... |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah ada benang camni?
nape post lagi?
saje je nak bagi Beni rimas dengan cerita ulangan camni |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah ada benang camni?
nape post lagi?
saje je nak bagi Beni rimas dengan cerita ulangan camni |
|
|
|
|
|
|
|
anak belum jadi pilot belum gaji 12K dah puji diri terpaling berjaya tanpa suami hahahahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok drama/filem sedih pun ikut sama nangis |
|
|
|
|
|
|
|
lama lagi la uols cerita penderitaan sheols nakhabis.. sekalipun dapat jantan baru, tetap akan bingit membandingkan bekas laki dgn laki baru |
|
|
|
|
|
|
|
lama lagi la uols cerita penderitaan sheols nakhabis.. sekalipun dapat jantan baru, tetap akan bingit membandingkan bekas laki dgn laki baru |
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi single mother yg bela anak berderet dengan income limited, udah2 laa tu. btw,apa income dia ni ye? berlakon jarang2, nampak high m40 jer lifestyle dia? xlaki bagi nafkah anak2 kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Udah la Ritrud.. Cukup laaa.. You are not the only 1 yg kena besarkan anak sorang2 n dpt ex laki babi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecian. Dah 2 hari 1 komen pun takde. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semua ibu tunggal mcm tu. Ada yg bekas suami tak bagi nafkah anak langsung. Lagi la ada yg anak lagi ramai. Dah kenapa nk cerita tiap tahun kat media. Nak bagi sape tau kisah ni selain anak2 kan... Boleh la sound anak nanti google je kisah mak membesarkan kamu dgn air mata bla bla.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg selalu portal up kan kesengsaraan seketul ritagarit tu apa?
tu bkn sesiapa ker?
yg setiap kali dia TB, sampai meroyan sawan tololwer dia semua tu apa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|