CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5668|Reply: 29

[Tempatan] 'Rosmah guna dana syarikat beli barang kemas, hampir AS$350 juta' - 1MDB

[Copy link]
Post time 11-6-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode
'Rosmah guna dana syarikat beli barang kemas, hampir AS$350 juta' - 1MDB

https://www.bharian.com.my/berit ... pir-as350-juta-1mdb

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Jun 11, 2024 @ 5:53pm
ajohari@bh.com.my


Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikatnya, mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang dibeli menggunakan dana syarikat itu bernilai hampir AS$350 juta (RM1.6 bilion) daripada 48 vendor berbeza di 14 negara.

Perkara itu dinyatakan 1MDB dalam pernyataan tuntutannya melalui saman difailkan terhadap Rosmah dan Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) pada 4,Jun lalu.

Kesemua plaintif dalam saman terbabit ialah 1MDB dan lima anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd.

Plaintif lain adalah syarikat pesisir luar iaitu Affinity Equity International Partners Limited (Affinity), Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

Dalam pernyataan tuntutan itu, 1MDB mendakwa terdapat hampir 400 transaksi yang membawa kepada pembelian barangan berkenaan menggunakan dana syarikat pelaburan strategik negara itu di antara tahun 2010 dan 2014.

Ia mendakwa, lapan entiti berdaftar dalam bidang kuasa luar pesisir membuat 320 pembayaran berjumlah AS$346.01 juta kepada 48 vendor barangan mewah berbeza yang berpangkalan di tidak kurang daripada 14 bidang kuasa dan diterima oleh defendan pertama (Rosmah).

Syarikat itu mendakwa, dana daripada 1MDB dan SRC dipindahkan secara curang kepada entiti berkenaan yang tidak mempunyai kaitan atau tidak mempunyai tujuan yang sah berhubung objektif pelaburan kedua-dua syarikat terbabit..

Plaintif mendakwa, entiti berkenaan serta urus niaga di antara mereka membabitkan dana 1MDB dan SRC, tidak mempunyai tujuan komersil yang sah selain bertindak sebagai saluran untuk mengalihkan dana.

Ia menyenaraikan 48 vendor iaitu dari British Virgin Islands (satu), Hong Kong (sembilan), India (empat), Indonesia (dua), Itali (tiga), Lubnan (tiga), Mauritius (satu), Panama (satu), Singapura (satu), Thailand (dua), Emiriah Arab Bersatu (tujuh), Türkiye (dua), United Kingdom (dua) dan Amerika Syarikat (tujuh).

1MDB dan SRC mendakwa, lapan entiti luar pesisir yang menerima dana yang tidak berkaitan dengan syarikat itu termasuk Aabar Seychelles, Affinity Equity, Alsen Chance, Blackrock, Blackstone, Brightstone, Good Star Ltd dan World Merit Management Ltd.

Kesemua lapan entiti itu dikatakan bertindak sebagai perantara dan membuat pembayaran bagi barangan mewah terbabit.

Plaintif mendakwa, dana 1MDB dan SRC mula-mula dialihkan kepada fidusiari dan pemegang amanah yang dikawal oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng, dan bekas Perdana Menterj, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, mereka menuntut perisytiharan bahawa 1MDB dan lima anak syarikatnya (plaintif pertama hingga keenam) mempunyai kepentingan proprietari berekuiti atau kepentingan benefisial terhadap barangan mewah berkenaan yang dapat dikesan dalam pemilikan Rosmah.

Plaintif juga memohon perisytiharan bahawa Rosmah memegang barangan mewah itu dan hasilnya yang dapat dikesan atas amanah konstruktif bagi 1MDB dan anak syarikatnya.

Selain itu, mereka menuntut perisytiharan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya itu berhak untuk mengesan barangan mewah terbabit dan perisytiharan bahawa Rosmah bertanggungjawab kepada mereka (plaintif) selaku pemegang amanah konstruktif barangan berkenaan.

Selain itu, kesemua plaintif turut menuntut ganti rugi pampasan berekuiti, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan untuk ditaksirkan oleh mahkamah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok la muka kak Mah camtu pun punya Ajij sayang dia sampai bagi beratus ratus jota huntuk shopin.

Huntong ah mrasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tringat acik cina yg gelar acik rosmah, mikel jakson..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari beli brg kemas baik p Korea amik pakej kecantikan paling mahal yg boleh dibeli oleh manusia
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 11-6-2024 06:22 PM
Dari beli brg kemas baik p Korea amik pakej kecantikan paling mahal yg boleh dibeli oleh manusia

Dia mmg ada suntikan yg bernilai jutaan ringgit sekali cucuk la u. Dulu pernah ada dlm perbicaraan mcmni la diceritakan.
Iols pelik tukang jaga fb jibby tu sehabis boleh nak org percaya jibby difitnah. Padahal bukti transaksi ada kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:32 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 11-6-2024 06:03 PM
Tengok la muka kak Mah camtu pun punya Ajij sayang dia sampai bagi beratus ratus jota huntuk shopin. ...

sayang bini ke, takut bini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya shopping unlimited
Takpayah nak belek2 price tag
Pilih mana yg berkenan and amik terus
Meols is jeles
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Itupun ad lagi org sokong laki bini tak guna perosak negara ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa bila dia pakai? Atau sekadar koleksi memuaskan nafsu serakah?

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-6-2024 07:32 PM
sayang bini ke, takut bini?

Bini garang sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 dia sempat pakai tak semua barang2 shopping dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:41 PM | Show all posts

tokjib suka bini dominan kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-6-2024 07:41 PM
tokjib suka bini dominan kot

Anak2 tun razak suka bini garang kot.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-6-2024 11:32 AM
sayang bini ke, takut bini?

Dua2 la tu. Tino diktator ni dalam bilik lombut manjahhhhh ja sama laki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb nak tutup cite diesel naik harga ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg korang bangang pergi ikut dia nape?dia bknnya ada jawatan dlm kerajaan mahupun menteri yg dilantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 05:53 AM | Show all posts
penyembah jibun buat2 tertidor ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 08:00 AM | Show all posts
ada sesiapa yg bijak buat analisis ekonomi atau teori ke? logik ke pembelian barang kemas dengan jumlah keseluruhan RM1.6B? barang kemas apa nilai sebegitu tinggi? klu kata beli hartanah ka boleh juga dipikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 08:03 AM | Show all posts
cepat2 la dakwa kalau terbukti salah..
saja nak cover diesel naik la tu..tutup isu..
akal walanon boleh baca la..
sama je penyokong2 PH yang bodoh ni...
x de otak...lembu lagi pandai dari hanpa...
bodoh nak mampos !!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 12:34 PM | Show all posts
Edited by kemaruk at 12-6-2024 12:37 PM
pokokmeranti replied at 12-6-2024 08:00 AM
ada sesiapa yg bijak buat analisis ekonomi atau teori ke? logik ke pembelian barang kemas dengan jum ...

sebahagian digunakan untuk beli hadiah/souvenir untuk pemimpin negara lain, manakala majoritinya diseleweng oleh jho low dan rakan2

jho low dan rakan2 ni pandai manipulasi akaun untuk nampak seolah-olah rosmah/najib yang songlap padahal jho low lah yang berbelanja sakan siap beli kapal mewah lagi

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.082683 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list