CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4111|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kadar tambang bas sekolah, ekspres dan persiaran tak patut naik'

[Copy link]
Post time 11-6-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
'Kadar tambang bas sekolah, ekspres dan persiaran tak patut naik'

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

11 Jun 2024 03:35pm








Anthony




GEORGE TOWN - Pengusaha bas sekolah, bas ekspres dan bas persiaran tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan pengumuman kenaikan harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa pada 10 Jun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengusaha bagi ketiga-tiga jenis bas itu tidak terkesan dengan kenaikan bahan api tersebut kerana telah diberi subsidi diesel.


"Kenaikan kadar tambang tak sepatutnya berlaku, subsidi diesel ini terus diberikan kepada pengusaha bas ekspres dan bas sekolah. Mereka tidak terkesan susulan daripada kenaikan harga diesel.
"Ini kerana, mereka sudah menerima subsidi dan tidak ada perubahan dari segi itu kerana mereka diberikan kad fleet dan harga Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 iaitu pengusaha bas ekspres dan sekolah kekal pada harga RM1.88 seliter.

"Jadi apa yang mendorong mereka nak naikkan harga? Jika soal ini digunakan sebagai alasan untuk menaikkan harga tambang bas sekolah atau bas ekspres, itu tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan 57th ASEAN Senior Transport Offical Meeting (STOM) pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi bas ekspres, kadar tambang tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana ia adalah di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Bagi bas sekolah pula, kita tidak kawal harganya, cuma kita galakkan perbincangan antara pengusaha bas sekolah dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).




"Sementara itu, bagi bas persiaran, ia adalah untuk kegunaan untuk pelancongan iaitu bagi pelancong asing, bukan untuk kegunaan harian, jadi tidak ada subsidi untuk sektor pelancongan.

"Kos pelancongan di negara kita memang cukup kompetitif, mungkin ada sedikit kenaikan kos untuk pelancong asing namun saya rasa ia boleh diterima untuk pelancong asing," katanya.

Sebelum ini, ada ura-ura mengenai kemungkinan berlaku kenaikan tambang bas ekspres, bas sekolah dan bas persiaran selepas pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list