CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3572|Reply: 0

[Perak] Lelaki berbogel maut dibunuh dalam pergaduhan

[Copy link]
Post time 10-6-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.



Ipoh: Lelaki maut dalam keadaan bogel dipercayai akibat dibunuh dalam pergaduhan berhadapan sebuah kilang di Klebang, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira 12.20 tengah malam.

Menurutnya, orang awam memaklumkan berlaku pergaduhan hingga mengakibatkan kematian mangsa tanpa pengenalan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki termasuk disebabkan tikaman.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan dan tiada dokumen pengenalan diri. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki mangsa.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, dan disahkan meninggal dunia disebabkan terdapat kesan tikaman," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,

Katanya, pihak polis sedang mengesan suspek dan saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-dalam-pergaduhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 23810 Replies : 300
Gempar! P. Diddy belasah kekasih viral
maklukpenggodaGempar! P. Diddy belasah kekasih viral
Views : 10265 Replies : 2
Di akhir hayatnya, kerajaan PN tidak henti henti menaikkan harga minyak
KnightsDi akhir hayatnya, kerajaan PN tidak hen
Views : 4541 Replies : 71
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 271624 Replies : 6748
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 12038 Replies : 90
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33750 Replies : 268
Jangan ambil mudah 'Miss V' longgar, suami tak puas
JoyahMengayahJangan ambil mudah 'Miss V' long
Views : 12337 Replies : 79
50% wanita kekeringan faraj
JoyahMengayah50% wanita kekeringan faraj
Views : 27617 Replies : 34
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 74101 Replies : 751
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 9972 Replies : 66

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058395 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list