CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6947|Reply: 0

[Selangor] Ikan bandaraya dominasi hampir semua sungai di Lembah Klang

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim (tengah) bersama ikan bandaraya yang ditangkap pada Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat - Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti di Denai Sungai Kebangsaan @ Sungai Langat Bangi. Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar. - Foto ASYRAF HAMZAH

BANGI: Ikan bandaraya atau Hypostomus plecostomus menjadi spesies invasif paling dominan di sekitar sungai di Lembah Klang kerana sifatnya yang sukar dimusnahkan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, berkata hampir semua sungai di Lembah Klang termasuk tasik dan lombong kini terjejas dengan kebanjiran spesies itu termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor.

Beliau berkata, ikan ini pada asalnya diternak di dalam akuarium untuk membersihkan kotoran tetapi apabila saiznya menjadi besar ia dilepaskan ke dalam sungai.

"Memang dia lepaskan seekor, tapi kalau ribuan orang yang berbuat seperti itu, ia akan jadi banyak dan membiak dengan cepat. Memang kita hadapi masalah sangat besar.


"Ikan ini akan menebuk lubang di tepi tebing sungai untuk bertelur dan sebagainya menyebabkan tebing sungai akan terhakis dan runtuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat-Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti di Denai Sungai Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar dan Pengasas Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya, Mohamad Haziq A Rahman.

Dalam program bermula jam 7 sehingga 11.30 pagi itu, sebanyak 737 kilogram ikan bandaraya berjaya ditangkap. Menerusi progrsm itu juga sebanyak 10,000 benih ikan lampam dilepaskan ke Sungai Langat.

Izham berkata, kerajaan kini dalam perancangan membantu daripada segi tempat pemprosesan ikan itu selepas ia ditangkap untuk dibuat palet.

"Mungkin kita boleh sediakan tempat yang lebih tetap untuk proses (ikan yang ditangkap). Kita tangkap, proses, hancurkan dan dibuat makanan ikan.

"Kita buat palet untuk dijual dan harganya 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran makanan ikan. Ini satu petanda baik yang boleh dijadikan sumber untuk alternatif.

"Selain itu, kita juga akan beri insentif kepada mereka yang menghantar ikan itu. Kita sedang tengok semua ini," katanya.

Ditanya aspek penguatkuasaan, Izham berkata, pihaknya kini sedang dalam proses pemurnian undang-undang.

"Ia sudah dibawa dalam mesyuarat exco dan sedang dilihat oleh kamar undang-undang. Tahun ini juga kita akan selesaikan.

"Isu ini juga membabitkan pelesenan tempat ternakan ikan seperti bagaimana pelepasan dalam sungai," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gai-di-lembah-klang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.033195 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list