CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6358|Reply: 8

[Tempatan] Tisu digantung di siling, undang perhatian pelanggan

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Di restoran kebiasaannya tisu akan diletakkan di setiap meja atau kaunter pembayaran, namun berbeza dengan pemilik kedai makan di Tanjung Sedeli, Johor apabila menggantung tisu di siling.

Tindakan di luar kotak pemilik kedai makan itu mengundang perhatian pelanggan sekali gus membuatkan mereka terkesima apabila melihat kedudukan tisu di tempat yang tinggi.


Menurut Miza Izzatie Mohed, 27, dia berketinggian 150 sentimeter (cm) sukar untuk mencapai tisu kerana digantung di siling kedai makan.

"Sebenarnya kedai tersebut sudah lama sejak saya masih kecil. Saya pergi ke sana untuk makan roti canai. Biasalah mata kita akan melilau melihat persekitaran sementara menunggu makanan yang dipesan, masa itu saya nampak tisu digantung.


"Rasa kelakar bila lihat tisu tinggi sangat dan terpaksa minta bantuan suami. Dia berketinggian 170cm boleh capai tisu itu," katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman itu dikongsi oleh Miza Izzatie menerusi video di aplikasi TikTok ketika mengunjungi kedai makan berkenaan bersama suaminya.
Video tersebut tular di media sosial dan mendapat lebih 40,000 tanda suka.

Tambah Miza Izzatie, ia merupakan pengalaman pertamanya melihat tisu di kedai makan di gantung di siling.
"Sebelum ini, banyak kedai yang saya pergi tetapi tiada yang berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan terdapat juga pengguna di TikTok berpendapat tindakan itu sengaja bagi mengelakkan pembaziran.
"Pak cik saja letak tinggi supaya budak-budak tidak membazir tisu," kata_ve.

Sementara itu, menurut pengguna TikTok bernama Mentadak Comel, bagi mereka bersaiz rendah memerlukan bantuan lain untuk ambil tisu.

"Kena guna alat bantuan contohnya kerusi. Kita hanya 149 cm," jelasnya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kat shah Alam...3 kali aku ulang baca..rupanya kat johor
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:09 PM | Show all posts
Mmg ada mak bapak biarrrr je anak2 main tisu celop air basuh tangan kat kedai mkn. Ambik ikut suka lps tu lerai2 dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg xsampai la org pendek
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik tak gantung polong
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:44 PM | Show all posts
Bila negara dah terlalu aman (aman ka?) ini sahajalah isunya. Indon senyum sinis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 02:55 PM | Show all posts
Aah sekali imbas nampak cam gantung polong..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mcm nak bg dgn tak nak bagi sama banyak. Tak letak customer complaint  so letak tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 07:11 AM | Show all posts
kedai mamak, melayu mmg kedekut tisu
bukan setakat tisu, sabun basuh tangan pun kedekut..ntah dah dilute brp ratus kali kalau ada pun sabun nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058393 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list