Nik Amirul menggunakan wang KWSP bagi membayar pembiayaan PTPTN secara bulanan sejak enam tahun lalu.
IPOH - Tiada pilihan lain menyebabkan seorang pekerja swasta di sini terpaksa menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelesaikan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak enam tahun lalu.
Nik Amirul Firdaus, 31, berkata, pembayaran secara bulanan itu dilakukan dengan harapan dapat mengurangkan beban pembiayaan bagi pengajian diploma dan ijazah sarjana muda yang diikuti di sebuah universiti awam.
Menurutnya, dalam tempoh enam tahun itu, hampir RM13,000 simpanan telah digunakan bagi tujuan pembayaran balik pinjaman tersebut.
“Walaupun ketika itu simpanan tidaklah banyak kerana baru mula bekerja, tetapi saya nekad juga gunakan KWSP kerana sudah tidak punya pilihan lain.
“Ketika itu saya bimbang disenarai hitam dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) kerana kerap kali menerima mesej amaran hutang dan tunggakan.
“Tambahan pula duit gaji hanya cukup-cukup makan untuk bayaran bulanan kereta, bil telefon, sewa rumah dan perbelanjaan diri sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Anak sulung daripada dua beradik itu mengakui, terbit sedikit rasa menyesal menggunakan wang KWSP apatah lagi mengenangkan simpanan persaraan itu semakin susut.
Katanya, dengan komitmen pembiayaan pinjaman secara bulanan berkenaan, lebihan wang KWSP yang masih tersimpan ketika ini tidak sampai RM1,000.
“Kalau kedudukan kewangan sudah kukuh, saya ada perancangan untuk hentikan pembayaran bulanan ini dan buat bayaran sendiri daripada duit gaji yang ada.
“Dapatlah saya gunakan simpanan KWSP untuk masa depan,” katanya.
otai_g replied at 7-6-2024 09:41 AM
Lor jd apa masalahnya? Bayar je la. Aku rs rmi je org guna kwsp bayar ptptn, rawatan sakit kronik, a ...
kan...dah hutang tu byr jerlah...mcm2 cara kan bole byr PTPTN nie, bole byr skit2 kan...yg penting bayar supaya org lain pun bole dpt manafaat yg sama mcm dia dulu...
Iolls dulu siap buat ujrah apa benda tah semua tu. PTPTN kasi bayaran balik bulanan RM100 je. Bayor je la tiap2 bulan dpt gaji. Takde pon nama blacklist.
Post time 7-6-2024 10:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dah nama pun hutang tak kisah la korek duit kot celah mana pun bayar je la. tak semua org direzekikan lepas grad terus gaji 10k dekk...so apa mslhnya nati2 naik gaji lg pulun la saving.
benda sama la berlaku kat kami2 yg tua bangka ni pun lain la asal diberanakkan atas dulang emas. sikit2 mengeluh, apoooo laa.
its your money.. guna je la bayar ptptn tu..
lepas tu amik iktibar..
ada anak nanti mula menabung untuk masa depan dorang..
so bila mula sekolah uni segala tak perlu meminjam lagi..
kenapa orang sekarang lorat sangat.. itu masalah ini masalah.. itu merempan ini merempan.
aku pun bayar ptptn guna kwsp. masa tu aku rasa sangat bersyukur sebab boleh bayar guna kwsp. selesai hutang lega.. umur muda lagi kumpul la balik.
mengada ngada la kau nik amirul.. itu pun nak merungut.
si wartawan normawati adnan pun bodoh.. ini pun nak buat berita.
aku syak dua2 ekor ni stress tak boleh berjoli dgn acct 3
Post time 7-6-2024 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I pun ptptn, tp pinjam terpaling basic. Hihi.. total pinjam RM 6,300, bayar pun RM6,300. Masuk kerja mmg i bayar monthly like 3 months, lepas tu sakit mata tgk tambah 50 posen setiap bln. Terus keluarkan simpanan masa kecil, dan langsaikan.
Few yrs later, i dpt pulangan balik. I tak tau le mcm mana diorang kira tp dh bg i amik la kan..
Post time 7-6-2024 12:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 7-6-2024 12:18 PM
Gaji 3500 muat utk diri sendiri termasuk ptptn n car, gaji 5000 utk bekeluarga, gaji 6000 utk berkeluarga rumah car, sbnrnya x cukup jika nak travel sana sini sementara muda lutut belum sakit sementara belum sibuk dgn anak2 bini