View: 5730|Reply: 25
|
Rasa Sunyi Bukan Punca Kesihatan Mental Dina Nadzir Terjejas – ‘Tidak Sampai Ke Tahap Seperti Itu’
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir memberitahu masalah kesihatan mental yang dialaminya bukan kerana kesunyian.
Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Faradina Mohd Nadzir menjelaskan bahawa, dia sudah terbiasa menjalani kehidupan secara solo tanpa ada teman istimewa.
Justeru, status dirinya bukanlah faktor kepada masalah kesihatan mental yang sedang dihadapinya ketika ini.
"Kalau nak kata kesunyian, saya sudah lama rasa single, sudah biasa."
"Bila kata kesunyian sebab tidak ada pasangan, mungkin. Tapi saya tidak sampai ke tahap seperti itu sebab sudah biasa dan tidak ingat bercinta itu bagaimana."
"Rutin harian tidak ada berubah, melainkan daripada tiada pasangan kepada ada, buatkan saya sentiasa bergayut di telefon, itu lain dan perkara ini berbelas tahun saya tidak dirasakan."
"Jadi kalau nak kata perkara ini yang menyebabkan saya nak menangis ia tidak masuk akal untuk saya."
Dina berkata berkata demikian di sidang media First Solo Concert Jaclyn Victor yang berlangsung di Madam Lee Nyonya, Hotel Palm Garden Putrajaya pada Selasa.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Datang Lagi tersebut meluahkan pendapat tentang segelintir selebriti yang menggunakan isu kesihatan mental sebagai bahan untuk mempromosikan produk atau karya mereka.
"Kalau orang nak guna isu kesihatan untuk promosikan sesuatu, teruskan. Saya kerja dua-dua bahagian, di sebalik tabir dan di depan lensa juga. Jadi ada sahaja baik dan buruknya."
"Kadang-kadang sedih lihat artis yang palsukan sesuatu berita kerana ingin promosikan sesuatu benda. Tapi saya faham sebab dia nak ambil perhatian dan setiap orang caranya berbeza."
"Jika ia terbaik untuk kau dan teruskan. Tapi pada masa akan datang ia mungkin tidak akan menjadi sebab kau dah tipu orang."
Terdahulu, Dina berkongsi bahawa dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu ‘mild depression’ sejak bulan Mac lalu.
Sumber : OhBulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik rambut dia, imej terbaru ke? Nampak fresh and kemas. Dari rambut berwarna karat panjang berjela. |
|
|
|
|
|
|
|
ohh tak tau plak sheol prnh brcinta dgn sesapa b4 ni..
tak pe lah dik, move on jer..
jgn trbwk2 prasaan loner tu sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak fresh dina dengan imej skrg |
|
|
|
|
|
|
|
she looks better than video lagu janda tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingt2 lupa aku. Ayah dia dh meninggal ke? Dia x sihat mental since that ke sbb dulu mcm tgk AF dia rapat dgn ayah kan? Ke aku tertuka dgn nana AF |
|
|
|
|
|
|
|
yg sebenarnya nak bagitau dia dah ada bopren ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu… replied at 7-6-2024 10:35 AM
Ingt2 lupa aku. Ayah dia dh meninggal ke? Dia x sihat mental since that ke sbb dulu mcm tgk AF dia r ...
Dah. 2, 3 years back kot? Waktu dia joined gegarvaganza. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kat atas tu dia ckp dah biasa berseorangan sampai dah tak ingat perasaan bercinta tu mcmana ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 7-6-2024 01:00 PM
"Rutin harian tidak ada berubah, melainkan daripada tiada pasangan kepada ada, buatkan saya sentiasa bergayut di telefon, itu lain dan perkara ini berbelas tahun saya tidak dirasakan."
itulah iols baca banyak kali tapi para ni buat iols confuse
ke iols yg tak paham...
|
|
|
|
|
|
|
|
lawa rambut dia …ağak nye kalu dia n mimi fly tu dh ghupe adik beradik ….air muka garang garang gitu tapi hati baik gituhhhhw |
|
|
|
|
|
|
|
helok style rmbt mcm atas teww
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak slim dah dia. Dia buat face lifting kt Klinik Hana. Nampak perubahan. Awat yg ex wife Hafiz tu g klinik sama tp muka sama je???? |
|
|
|
|
|
|
|
ellZack replied at 7-6-2024 10:47 AM
Dah. 2, 3 years back kot? Waktu dia joined gegarvaganza.
Tq tlg sahkn ingatan aku |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia sekarang. Maybe sebab happy |
|
|
|
|
|
|
|
acik dina dah kurus la.. kulit dia nampak better dari dulu. mekap pon nampak fresh. suka dgn imej dia sekarang nampak bersih kemas |
|
|
|
|
|
|
|
murung murung badan bulat gak |
|
|
|
|
|
|
|
meols first time nampak sheols depan mata masa konsert cuckoo 2022 yach. Terkezut jugak la meols rupanya sheols sangat besar iya persis syanie sebelum slim gitu la. Gambar kat atas ni nampak kurus banyak dah. Dan fresh juga. Good for her! |
|
|
|
|
|
|
| |
|