View: 8247|Reply: 7
|
Kontena milik syarikat Israel di pelabuhan Gelang Patah hanya transit sementara
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, berlabuh di Gelang Patah, Iskandar Puteri baru-baru ini hanya transit sementara sebelum menunggu untuk dihantar ke negara penerima.
Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, pemeriksaan mengesahkan kontena itu merupakan kontena muatan pindah kapal atau ‘transhipment’, iaitu satu proses pergerakan barang yang dibenarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
“Sebagaimana proses ‘transhipment’ biasa, kargo akan bergerak dari pelabuhan berlepas ke pelabuhan destinasi melalui pelabuhan ketiga dalam jadual perjalanan.
“Kontena tersebut akan transit sementara di pelabuhan ketiga dan akan ke destinasi seterusnya iaitu negara lain. Hasil semakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, tiada pergerakan dagangan ke dalam Malaysia sama ada melalui pintu keluar atau pintu masuk iaitu import dan eksport menggunakan kontena syarikat perkapalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, JKDM Johor komited memastikan kawalan di pintu keluar dan pintu masuk negara, termasuk menguatkuasakan larangan import atau eksport kontena milik syarikat perkapalan dari Israel.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Bangnon mana bangnon ? Aritu kemain dia petik nama atok pasal bg kapal israel berlabuh tahun 2001 ke brp entah. Yg ni apa cite ? Dia buat boleh, org lain buat acah2 mcm dia concern x boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau memang tak boleh, tak boleh je la. apa yang hanya hanya |
|
|
|
|
|
|
|
Johor???Why Johor??? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak la ko punya sementara.......kalau mcm tu keldai dadah seludup Morphin kt spore senang2 la bagi alasan sama, transit sementara sblm ke ostolia...... |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 6-6-2024 04:39 PM
Johor???Why Johor???
Sendiri faham sudah... X kan x faham2 lg..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tlg jawab
Kapai tak boleh masuk sapa nak kutip kontena kosong
Baidewei.. port Singapore dok.buat duit kapal berlambak masuk sana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|