View: 2769|Reply: 16
|
[Jenayah]
"ZIM" - Cuba Memasuki Laluan Darat Di Perlis, Lori Kontena Ayam Beku Israel Diarah Berpatah Balik!
[Copy link]
|
|

Selepas kecoh di Johor Sabtu lalu, satu lagi kontena tertera logo ZIM, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dikesan dan kali ini cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis
Ia dikesan telah cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis. Bagaimanapun, lori kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku yang baharu tiba dari sempadan Malaysia-Thailand itu berjaya dihalang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sebelum diarah berpatah balik dengan segera.
Menerusi Berita Harian, Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, perkara itu dikesan kira-kira jam 12 tengah hari Ahad, selepas lori kontena terbabit melalui terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs).
"Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.
"Oleh itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut," katanya.
Semakan bersama pihak agensi kerajaan lain mengesahkan kontena itu adalah dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel.
"Kita segera mengarahkan lori kontena berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan segera dilakukan mengenai dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri di Johor.
Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel.
Ia susulan isu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, mengenai keresahan orang ramai berhubung kewujudan kontena dari Israel di pelabuhan terbabit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada delivery ke malaysiakah? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam tu ayam Israel ka ayam Siam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kontena kosong... Kapal.nak masuk pun tak boleh.. acaner tu... Kecoh2 org melayu suka le.. post ke Israel? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pengimportan dagangan dari Israel (IL) perlu dapat kelulusan/permit dari MITI. Ikut keadaan semasa memang sorry tak dibenarkan masuk Malaysia. Kastam akan minta Return to Owner (RTO)/Patah balik ke Origin Country |
|
|
|
|
|
|
|
dan dan je kastam johor menafi
dah kecoh2 terus kata sekadar berlabuh
jangan bagi singgah pun patutnye |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam beku pulak? Itu ari kurma. Makin besar item, makin dan makin nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
Once - An Accident
Twice - A Coincidence
Three Times - A Pattern |
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul cubaan setan2 nak cuba nasib dan lihat apa reaksi penduduk asal Tanah Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
kontena je israel punya, company israel, bahan dlm tu mungkin dr china, siam or mana2 negara lain. Bukannya brg dr israel direct. Transporter akan arrange container utk kita. kalau kita nak container mesra alam, drg akan arrange lah bg kat kita container mesra alam tu. jgnlah kita ingat beli brg kat shopee, container pun dr shopee. maybe ada tapi tak bnyk. ada masa lain kena guna container company lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Kontena tu boleh disewa kepada sesiapa sahaja. Dagangan bukan direct dari Israel tapi kontena kosong tu je mungkin asal dari sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
ayam dah cucuk vaksin ke dalam kontena tu...klu terrrrrmakan xjadi kafir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 6-6-2024 03:52 PM
ayam dah cucuk vaksin ke dalam kontena tu...klu terrrrrmakan xjadi kafir ke?
Kosherkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
yg import sudah pasti non-muslim. org islam mana nak peduli kosher wlupun sembelihan hampir sama dgn islam. |
|
|
|
|
|
|
|
zim sala bim
abrakadabra hilang |
|
|
|
|
|
|
| |
|