View: 26190|Reply: 21
|
VIDEO Shah Rukh Khan Ziarah Pusara Ibubapanya di Kampung Jadi Tular
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, video pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, menziarah pusara bapanya di kampung telah menjadi tular di media sosial. Kampung tersebut terletak di Delhi, tempat di mana keluarganya mempunyai sejarah yang mendalam. Dalam video tersebut, Shahrukh dilihat penuh emosi memberikan penghormatan terakhir di pusara bapanya, Mir Taj Mohammed Khan, dan pusara ibunya, Lateef Fatima Khan.
Walaubagaimanapun, difahamkan video itu dirakam pada 5 tahun yang lalu.
Mir Taj Mohammed Khan, bapa Shah Rukh Khan, merupakan seorang pejuang kebebasan yang dihormati di India. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika Shah Rukh Khan masih kecil, meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup pelakon tersebut. Kehilangan bapanya pada usia muda telah membentuk peribadi dan semangat juang Shahrukh Khan yang kita kenal hari ini.
Lateef Fatima Khan, ibu Shah Rukh Khan, merupakan sumber inspirasi yang besar dalam hidupnya. Beliau meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1990. Kehilangan ibu tersayang menjadi satu lagi ujian besar dalam hidup Shahrukh, yang pada waktu itu baru memulakan kariernya dalam industri hiburan. Shahrukh sering berkongsi betapa besar pengaruh ibunya dalam membentuk kerjayanya serta memberikan sokongan moral yang tak ternilai.
Kehadiran Shahrukh Khan di pusara kedua ibu bapanya bukan sahaja sebagai tanda penghormatan, tetapi juga menunjukkan rasa cinta dan penghargaan yang mendalam terhadap mereka. Tanah perkuburan di Delhi ini menjadi tempat istimewa bagi Shahrukh untuk mengenang jasa dan pengorbanan kedua orang tuanya yang banyak membentuk siapa dirinya hari ini.
Gambar-gambar ini telah menyentuh hati banyak peminat dan menunjukkan sisi lain daripada seorang bintang yang terkenal dengan karisma dan kejayaannya. Shahrukh Khan bukan sahaja seorang pelakon berbakat, tetapi juga seorang anak yang tidak melupakan jasa ibu bapanya, walaupun sudah berada di puncak kejayaan.
Peminat dari seluruh dunia mengucapkan takziah dan memberi sokongan moral kepadanya melalui pelbagai platform media sosial, membuktikan betapa Shahrukh Khan dihormati dan disayangi bukan sahaja sebagai seorang pelakon, tetapi juga sebagai individu yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah.. semoga berakhir dengan kemuliaan buat SRK. |
|
|
|
|
|
|
|
moga diberikan hidayah utk heols back to muslim daily practice |
|
|
|
|
|
|
|
muka shah rukh kah sebijik bapaknya...now menurun ke muka anak perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya anak laki heols spoiled gila, sombong, kaki party & dadah... tetap heols backup kaw kaw... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kejap muslim kejap kafir, tk fhm aihhh |
|
|
|
|
|
|
|
owh arwah ayah srk freedom fighter rupanya. Ayah gauri kolonel tentera. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 5-6-2024 09:22 AM
sayangnya anak laki heols spoiled gila, sombong, kaki party & dadah... tetap heols backup kaw kaw... ...
Baru ni meols ada tgok interbiu wife sarukhan ni dgn ex wife ritik roshan, Susan pasal kwen campur. Rupanya Susam tu muslim.
Bini sarukhan mcm 'terkilan' sbb anak lelaki dia lebih ikut agama sarukhan. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dia ikut muka ayah dia copy pasta sgt
sama juga mcm anak lelaki dgn anak perempuan srk... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga srk kembali practise islam in his daily life |
|
|
|
|
|
|
|
Mana boleh suka2 hati cakap orang kafir atau tak practice etc. Tu antara dia dengan Tuhan. Kalau dalam hati ada terdetik kita lagi bagus dari orang lain pun dah dikira sombong. SRK memang dari dulu takde malu pun mengaku islam. Dia cakap tiap2 nafas dia, dia berterima kasih pada Allah atas apa yang dia dapat. Dia selalu sebut Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat dulu masa kecik-kecik.penah baca paper, SRK kata die penah solat sekali je seumur hidup dia iaitu masa mak dia meninggal. Setakat yang aku baca masa tu mungkin cira 95-96.. Selepas dari itu, tak kepastian aku dia ada solat lg ke tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihlah ibu bapa dh tkde, hrp shah rukh khan dpt hidayah utk kembali ke jln yg benar, rugi lahir islam tpi kesudahnya lain pula |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Srk dapat hidayah dan jadi practising Muslim.. |
|
|
|
|
|
|
|
srk ni tak ada adik beradik lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
chikumanis replied at 10-9-2024 03:47 PM
srk ni tak ada adik beradik lain ke?
Ado.. Kakak.. Tp kk dia sakit pas pak dia ke mk dia meninggal.. Mcm x blh trima kenyataan... Sampai skang srk yg jg.. Duk skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam shida ckp , ada kakak. Pic b&w bertiga kat atas tu kakak srk rasanya. Tk mcm muka heols. Baik srk ni jaga kakak smpai skrg , ada hantar berubat kat luar negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
haaaa...kakaknya tidak dipublic kan lah kan. srk kerja keras pun untuk keluarga dan kakak dia...untung family dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|