CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6002|Reply: 3

Beli Rumah Tak dapat Diskaun Bumiputra - Apakah status rumah tersebut?

[Copy link]
Post time 31-3-2011 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kepada yang ariff dalam bidang Jual-Beli hartanah...

Saya telah membeli sebuah Unit Apartment pada tahun 2006 dan semasa membeli apartment tersebut, saya sebagai seorang bumiputra tidak mendapat diskaun. Pada waktu itu saya ada bertanya, sama ada unit yang saya beli itu membolehkan saya mendapat diskaun bumiputra tetapi telah diberitahu oleh pihak developer bahawa tiada diskaun untuk bumiputra dan semua unit adalah sama statusnya. Jadi saya menganggap unit yang telah saya beli itu bukan unit bumiputra.

Masalahnya sekarang, sudah 2 kali saya mencuba untuk menjual rumah ini (kedua potential buyer adalah non-bumi) tetapi telah direject oleh oleh developer dgn mengatakan unit saya ialah unit bumiputra dan hanya boleh dijual kepada pembeli bumiputra.

Saya ingin bertanya, adakah semua bumiputra apabila membeli rumah akan diberikan diskaun bumiputra?
Dan kalau tidak mendapat diskaun, adakah unit yang dibeli itu menjadi unit bumiputra (kerana saya adalah bumi) dan hanya boleh dijual kepada bumiputra?
Bagaimana kita boleh semak semula samada unit tersebut adalah unit bumi? Ada disebut di S&P?

Saya hanya inginkan keadilan disini. Kalau semasa membeli saya diberitahu tiada diskaun untuk bumiputra, jadi mengapa saya direstrict hanya boleh menjual rumah saya kepada bumiputra sahaja?

Diharap ada yang sudi membantu.

Thanks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 07:02 PM | Show all posts
mana ada apartment taraf bumiputera, kecuali tanah malay reserved... atas satu banggunan dok atas  satu status tanah yang sama, semua bertaraf sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 07:06 PM | Show all posts
aku beli rumah nie sama aje harga dgn cina kat sebelah rumah, sedangkan lot dia endlot, asalkan aku yang nak, sebab dia nak mark up lagi 10000, aku pon tak jadi, so ambil rumah no 2, tup-tup masa masuk rumah dulu harga yang sama aje, bumi dgn non bumi, kebanyakan dev nie penipu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 03:49 PM | Show all posts
diskaun bumi ni selalu kira camne? saya dlm proses nak beli rumah.. rega dlm surat tawaran tu agent letak rege before diskaun..

saya ingat kalo ade 7% diskaun  tu.. nak letak dp 13% (nak kuar from kwsp).. so apply loan 80% jelah kan..?.. boleh gitu?..

or apply loan 90%... 10% keluar kwsp... then baru claim 7% diskaun frm developer..

sgt confuse sbb agent tak leh expain.. di suh apply 90% and bayor downpayment 3% je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059730 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list