View: 7714|Reply: 14
|
Peserta kursus PGA meninggal dunia akibat strok haba, kegagalan organ
[Copy link]
|
|
IPOH – Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) Siri 1/2024 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta di sini meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.
Peserta berkenaan, Lans Koperal Mohd. Zulkifly Rozak, 31, dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan tersebut pada Khamis lalu sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk diberikan rawatan.
Komandan Pusat Latihan PGA Ulu Kinta, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir berkata, peserta kursus PGA berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.45 pagi semalam.
“Mohd. Zulkifly rebah ketika merentas desa pada Khamis lalu. Dia yang dalam keadaan tidak sedarkan diri kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menaiki ambulans.
“Dia kemudiannya terus dirujuk ke HRPB sebelum kemudian ditidurkan pada sebelah malam. Mangsa seterusnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) namun disahkan meninggal dunia semalam. Punca kematian Mohd. Zulkifly disahkan oleh doktor akibat strok haba dan kegagalan organ,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohammad Hafiz, Allahyarham bersama 251 peserta yang lain melapor diri bagi menjalani kursus asas PGA bermula 28 April lalu dan dijangka tamat pada 26 Julai depan.
Allahyarham yang telah berumah tangga kemudiannya dibawa pulang ke Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sepas solat isyak semalam.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahi wainnailaihirojiun. skrg mmg cuaca x menentu. KL skrg siang sumpah panas dia nauzubillah. tp mlm kdg2 ujan sejuk sikit cuma mostly bahang gak lah even dah ujan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ak risau thn depan plkn.. |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 4-6-2024 09:24 AM
innalillahi wainnailaihirojiun. skrg mmg cuaca x menentu. KL skrg siang sumpah panas dia nauzubillah ...
Betul. Ikut ramalan kaji cuaca panas bahamg ni hingga sept. Matilanak
Hujan tetap hujan tapi bahang nya masuk dlm rumah tu paling perit. Kulit panas rasa mcm duduk tepi oven.
|
|
|
|
|
|
|
|
pg2 nak bersiap g keje tu, mmg ekon kena psg. kalau tak, berpeluh lah mksdnya nak ke kereta dari lokasi apartment.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah mmg bahaya betul kena strok haba ni
skrg mmg tak menentu cuaca
bersyukur sgt kalau hujan wlaaupun rasa bahang panas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by imransulaiman at 4-6-2024 11:50 AM
Ingatkan aku je yang pasang ekon awal pagi masa bersiap ke ofis. Lepas mandi pun masih rasa panas. Kalau rumah kampung ok kot..
Salam takziah untuk keluarga arwah  |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 4-6-2024 10:57 AM
pg2 nak bersiap g keje tu, mmg ekon kena psg. kalau tak, berpeluh lah mksdnya nak ke kereta dari l ...
Ya. Boleh beepeluh menjejeh mcm baru habis lari 100m kalau tgh bersiap tk buka ekon. Dari pintu rumah nk buka gate tutup gate pun dah peluh mcm lari 200m. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca masih panas sebab Solar Storm di matahari.
Matahari dalam peringkat Solar Maximum. Banyak ribut solar sebab sedang berlaku polar shift pada matahari. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama batch dgn kelig aii dia pun tengah training PGA ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Bhaya btul strok haba ni. kita rsa sakit kepala bahang tanpa sedar organ dlaman dah rosak gitu.
sama2 la beringat sntiasa mnum air mneral bg bdan sntiasa hydrate. kesian tgk org yg kje beratapkan langit berbumbungkn awan ni. tgk pun rsa mcm mnggelegak je otak dlm kepala tahan pnas |
|
|
|
|
|
|
|
Dapur belakang aku glass punya hadap la kau mcm oven betul. Tu pun tak sanggup nak g masak. Ni kan pulak berlari tgh panas. Salam takziah. Dia punya panas lepas mandi kau g jemur tuala kt belakang pun dah berjurai peluh Kat tiak n badan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ajal, salam takziah...tp sama2 beringat sentiasa stay hydrated kalau outdoor tu...botol air sentiasa bawa...kaau tgh training outdoor tu instructor kena alert berpesan2 utk minum air... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca berita somewhere.. shah rukh khan pun kena strok haba |
|
|
|
|
|
|
| |
|