CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6783|Reply: 0

Misi Sancho tebus maruah di Wembley

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:43 AM | Show all posts |Read mode

SANCHO (tengah) ketika sesi latihan menjelang aksi final bertemu Real. FOTO REUTERS

Dortmund: Jadon Sancho berpeluang menebus duka di tanah air apabila kembali ke England bersama Borussia Dortmund untuk pertembungan final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Ahad ini.

Aksi itu akan memberi peluang kepada Sancho membuktikan bahawa kegagalan untuk menyerlah di Manchester United adalah kerana prestasi hambar kelab dan bukannya kegagalan peribadi.

Sancho kembali ke Dortmund pada Januari lalu, kelab tempat dia mencipta namanya sebelum berpindah ke United pada 2021.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tempoh pinjamannya selama enam bulan, terutamanya dalam Liga Juara-Juara, di mana dia membantu Dortmund mara ke final buat kali ketiga dalam sejarah mereka.


Pada 2021 di venue sama, Sanco gagal membantu England memenangi Euro selepas tewas kepada Itali pada aksi final, malah dia menerima kritikan hebat kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pengarah sukan Dortmund, Sebastian Kehl, yang bertanggungjawab membawa semula Sancho ke kelab itu berkata, bintang England itu menunjukkan keazaman tinggi sepanjang melalui tempoh sukar.

"Ia bukanlah situasi yang mudah pada Januari lalu untuk membawa Jadon ke Dortmund," kata Kehl.

"Tetapi kami tahu Jadon mempunyai kemahiran untuk beraksi, menjadi penentu dan membawa kami ke tahap yang lain.

"Jadon adalah seorang yang hebat, pemain yang hebat, dan pengalaman yang dia ada di Manchester membantunya beraksi lebih cemerlang sekarang.

"Dia akan menjadi pemain sangat penting untuk kami pada Ahad ini. Dia akan menunjukkan kepada dunia bahawa Jadon Sancho benar-benar kembali kepada prestasi terbaiknya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-maruah-di-wembley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.294858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list