View: 6671|Reply: 0
|
McKenna kecewakan Chelsea, Man United
[Copy link]
|
|
KIERAN McKenna. FOTO AGENSI
London: Pengurus Ipswich Town, Kieran McKenna dijangka akan menandatangani kontrak baharu yang bakal menyaksikannya memimpin kelab itu pada musim pertama mereka kembali ke Liga Perdana, menurut laporan media British.
McKenna dikaitkan dengan kekosongan jawatan di Chelsea susulan pengunduran Mauricio Pochettino dari Stamford Bridge.
Dia juga disebut-sebut sebagai pengganti Erik ten Hag, yang kedudukannya di Manchester United masih samar meskipun membantu pasukannya memenangi aksi final Piala FA hujung minggu lalu menewaskan Manchester City.
McKenna baru-baru ini dipilih sebagai pengurus terbaik tahun ini oleh Persatuan Pengurus Liga selepas membimbing Ipswich kembali ke Liga Perdana sekali gus menamatkan penantian selama 22 tahun.
Ia adalah pelantikan kali kedua berturut-turut bagi pengurus berusia 38 tahun itu, yang membimbing Ipswich bermula Disember 2021.
Pengurus Brentford, Thomas Frank dan Enzo Maresca, yang membantu Leicester memenangi Liga Kejuaraan, juga dikaitkan dengan kekosongan jawatan pengurus di Chelsea.
McKenna, bekas jurulatih remaja Manchester United, juga disebut-sebut sebagai calon yang boleh mengambil alih tempat di Brighton selepas pemergian Roberto De Zerbi dari kelab itu.
McKenna menandatangani kontrak selama empat tahun dengan Ipswich tahun lalu yang menyaksikannya kekal di Portman Road sehingga sekurang-kurangnya pada 2027.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -chelsea-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|