CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9232|Reply: 0

[Kedah] Nur Irdina raih 8A walaupun banyak habiskan masa jaga ibu

[Copy link]
Post time 29-5-2024 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Nur Irdina raih 8A walaupun banyak habiskan masa jaga ibu




Nur Irdina Sharmimi Talib (tengah) menunjukkan keputusan cemerlang SPM 2023 dengan memperoleh 8A dan menerima kunjungan Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (kanan) dan bersama ibunya, Ismarina Ali yang menghidap kanser payudara. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Jitra: "Saya akui agak tertekan ketika hendak menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mengenangkan bapa diserang sakit jantung, manakala ibu pula menghidap kanser payu dara," kata Nur Irdina Sharmimi Talib, 18.

Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Alor Setar berkata, keadaan itu memaksanya menguatkan diri belajar di sekolah walaupun banyak masa di hospital menemani ibunya menjalani rawatan.

Menurutnya, dia bersyukur kerana dalam keadaan itu akhirnya memperoleh keputusan cemerlang 8A yang diumumkan kelmarin.

Katanya, ibunya, Ismarina Ali, 55, disahkan menghidap kanser payudara sejak 2015, manakala bapanya, Talib Hanafi, 58, pula tiga kali diserang sakit jantung sebelum ini.

"Sebagai anak bongsu daripada empat beradik, dia menjaga ibu bapanya termasuk memasak dan mengemas rumah kerana ibu bapanya tidak boleh melakukan kerja berat.

"Ibu saya juga pernah menjalani pembedahan mata tahun lalu, malah sentiasa menemaninya membuat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar termasuk menjaganya di wad.

"Saya tidak mengikuti kelas tuisyen sebaliknya hanya mengulang kaji pelajaran di sekolah dan faham apa yang diajar guru dalam kelas.

"Saya terkejut sebaik menerima keputusan SPM 2023 secara dalam talian dan memperoleh A dalam lapan mata pelajaran walaupun tidak dijangka akan dapat keputusan cemerlang.

"Setiap hari saya membahagikan masa dua jam belajar dan setengah jam rehat sebelum sambung semula belajar dan paling penting tidak tinggal solat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kelubi dekat sini.

Menurut Nur Irdina, bapanya baru keluar wad beberapa hari lalu selepas diserang sakit jantung kali ketiga.

Katanya, bapanya hanya berniaga sate, manakala ibunya hanya suri rumah sepenuh masa dan berharap dengan kejayaan ini akan dapat membalas jasa mereka suatu hari nanti.

"Berkat doa mereka selama ini walaupun sakit, akhirnya saya berjaya dalam peperiksaan SPM ini.

"Saya berharap dalam melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) atau Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bercita-cita untuk menjadi akauntan," katanya.

Ibunya, Ismarina berkata, dia bersyukur kerana anaknya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM walaupun Nur Irdina menghabiskan banyak waktu menjaganya ketika dia dimasukkan ke wad.

"Saya pernah kecewa dengan penyakit ini tetapi berjaya melawannya disebabkan anak-anak dan suami," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal meraikan kejayaan Nur Irdina dengan menghadiahkannya wang tunai, sejambak bunga serta kek sebagai hadiah untuk pelajar itu.

Beliau berkata, CSM akan menghadiahkan pelajar itu komputer riba sekiranya dia menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Memang CSM akan bantu pelajar sama ada dia pesakit atau anak kepada pesakit kanser yang kurang berkemampuan.

"Kita faham mereka banyak menggunakan wang untuk rawatan kanser dan dengan cara ini saja CSM dapat bantu meringankan beban mereka," katanya.



Disiarkan pada: Mei 29, 2024 @ 7:00am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050190 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list