CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3791|Reply: 0

Polis kawal latihan Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 28-5-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengawal sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya semalam.

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan yang menjalani latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini mendapat 'sahabat baharu' apabila turut ditemani anggota polis.

Situasi itu dapat disaksikan menerusi perkongsian di laman badan induk itu di mana pasukan polis mengawasi sesi latihan sebagai persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi baki dua lagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Anggota polis bukan sahaja ditempatkan di luar apabila mengawasi sesi latihan di padang tetapi mereka juga berada di dalam Arena Futsal FAM ketika skuad kebangsaan menjalankan sesi senaman ringan.

Langkah FAM mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya wajar dipuji sebagai satu tindakan proaktif bagi memastikan keselamatan pemain sentiasa menjadi keutamaan.


Kehadiran anggota polis pasti sedikit sebanyak melegakan kerisauan pemain selepas arena bola sepak tempatan sebelum ini digegarkan dengan serangan yang menyaksikan beberapa pemain menjadi mangsa keganasan.

Akhyar Rashid menjadi mangsa pertama apabila dia yang turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan kali ini disamun dan turut dipukul di bahagian kepala dan badan.

Faisal Halim pula disimbah asid sehingga menyebabkan pemain Selangor FC itu mengalami kecederaan lecur tahap empat dan terpaksa mengharungi empat siri pembedahan bagi merawat kecederaan itu sekali gus terlepas panggilan kali ini.

Cermin kereta bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim turut dipecahkan sementara seorang lagi pemain kebangsaan, Khuzaimi Piee menjadi mangsa pecah rumah.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ihan-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.032297 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list