CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12403|Reply: 25

SPM: Fifi Nurfatin satu-satunya calon Orang Asli di Perak raih semua A

[Copy link]
Post time 27-5-2024 10:33 PM | Show all posts |Read mode




Tapah: Bangun seawal 4.30 pagi untuk ulang kaji pelajaran menjadi petua pelajar Orang Asli Semai, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini.


Fifi Nurfatin, 18, dari Sekolah Menengah Sains Tapah berkata, dia sebenarnya tidak menyangka pencapaian sebaik itu kerana hanya memperoleh 3A pada peperiksaan percubaan SPM sebelum ini.


Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, kejayaan manis itu amat berbaloi selepas dia berjauhan daripada ibu bapa, Noorhayati Alang, 40 dan Marjaidi Hirwan Sinak, 40 selama lima tahun kerana tinggal di asrama.


"Ayah selalu mengingatkan saya supaya tidak tinggalkan solat, manakala ibu berpesan tidak bandingkan diri dengan orang lain.


"Tempoh beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM lalu saya cabar diri dengan lipat gandakan usaha untuk pastikan keputusan SPM ini boleh membanggakan mereka.


"Akhirnya, penat lelah itu membuahkan hasil dengan senyuman dan tangisan kegembiraan ketika kami ambil keputusan di sekolah pagi tadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Genting, dekat Chenderiang, di sini, hari ini.


Berkongsi petua kejayaannya, Fifi Nurfatin berkata, dia gemar bangun seawal 4.30 pagi untuk mengulang kaji pelajaran selain memperbanyakkan latihan pada sebelah petang dan malam.


"Saya juga belajar ketepikan rasa malu untuk berjumpa dan bertanya kepada guru sekiranya kurang faham sesuatu topik.


"Saya berharap kejayaan ini boleh menjadi motivasi kepada pelajar Orang Asli yang lain untuk cemerlang dalam pelajaran," katanya.


Menurutnya, dia berhasrat melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan bercita-cita menjadi guru kerana minat mendalam pada kerjaya itu sejak kecil serta terinspirasi daripada ibu saudaranya yang juga berkhidmat sebagai guru.


Sementara itu, Marjaidi Hirwan berkata, dia dan isteri menganggap kejayaan Fifi Nurfatin sebagai kebanggaan keluarga dan contoh kepada adik-adiknya.


Dia yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah turut berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang memperuntukkan biasiswa tahunan untuk pembiayaan persekolahan anak sulungnya itu.


"Ketika diberitahu Fifi Nurfatin peroleh 9A, saya dan isteri tak dapat menahan air mata kegembiraan," katanya.


Fifi Nurfatin memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik, gred A bagi Bahasa Inggeris, Fizik dan Kimia serta A- bagi subjek Matematik Tambahan dan Biologi.


Dia adalah satu-satunya calon Orang Asli di Perak yang meraih semua A dalam mata pelajaran daripada keseluruhan 543 calon.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
wow tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillahh tahniah dik dsn keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 07:48 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Tahniah dik Fifi. Semoga berjaya dunia akhirat!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik Fifi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow tahniah Fifi! Semoga berjaya menjadi guru
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:24 AM | Show all posts
tahniah dek
ipg okey, upsi pun ok dek


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamduliah. Tahniah buat anak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 28-5-2024 08:24 AM
tahniah dek
ipg okey, upsi pun ok dek

ipg sng sikit dari spm stret sampai degree keluar terus kerja cikgu menanti tggu posting je.
upsi kene masuk matrik pelbagai pastu kene apply utk jadi cikgu bukan mcm dulu lagi unless chuols biasiswa kpm. tp tatau la skrg caner.

btw, tahniah dekkk.
kalau tatau org asli, iols igt melayu kebanyakan jah ni. makayah dia pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:17 AM | Show all posts
syamzana replied at 28-5-2024 08:37 AM
ipg sng sikit dari spm stret sampai degree keluar terus kerja cikgu menanti tggu posting je.
upsi  ...

owh baru tau ipg dh ada course smpi degree


haah their looks 1 family mmg x mcm org asli
kulit sawo matang mcm melayu asli


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tahniah ????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah…tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:39 AM | Show all posts
jadi guru dik....kurang mkn rasuah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 01:29 PM | Show all posts
Agaknya da mix dengan melayu sbb muka xmacam orang asli....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 09:13 PM | Show all posts
cap_ayam: Wow tahniah Fifi! Semoga berjaya menjadi guru

dulu dr amalina macam ni la rupanya.
i masih ingat lagi imej budak nerd sebelum dia sambung belajar
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik Fifi.


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 12:13 AM | Show all posts
gigahertz replied at 30-5-2024 09:13 PM
dulu dr amalina macam ni la rupanya.
i masih ingat lagi imej budak nerd sebelum dia sambung belaja ...

yaampunnn meols teringat muka sheols pakai baju pengawas, masa sheols darjah 6. Masa tu sheols dapat anugerah Nilam yang sapa paling banyak baca buku, dia dapat anugerah tu. Pastu tak sangka sheols dapat 21A masa spm. eh ke berapa A tah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik budaknya...pandai pulak tu ..moga dapat masuk ipg..
Tahniah adik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.470054 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list