CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7546|Reply: 0

[Tempatan] Keuntungan AmBank Group naik 9.3 peratus kepada RM1.87 bilion

[Copy link]
Post time 27-5-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Keuntungan AmBank Group naik 9.3 peratus kepada RM1.87 bilion
Oleh Nur Amira Mohd Hedzer - Mei 27, 2024 @ 5:13pm
bhbiz@nstp.com.my

AMMB Holdings Bhd (AmBank Group).

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM1.87 bilion, meningkat 9.3 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling, berkata pulangan atas ekuiti (ROE) bagi tahun kewangan dikaji meningkat kepada 10 peratus berbanding 9.8 peratus pada tahun kewangan 2023, manakala pulangan atas aset (ROA) bertambah baik kepada 0.97 peratus berbanding 0.9 peratus pada tahun kewangan terdahulu.

Beliau berkata, pinjaman dan pembiayaan kasar pula meningkat tiga peratus tahun ke tahun kepada RM134.1 bilion

berbanding RM130.2 bilion pada tahun kewangan 2023, manakala nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) lebih tinggi pada 1.67 peratus.

"Perlindungan kerugian pinjaman kumpulan (LLC), termasuk rizab kawal selia berada pada 109.5 peratus lebih rendah berbanding tahun kewangan 2023 iaitu sebanyak 127.7 peratus," katanya semasa sidang media keputusan tahun kewangan 2024 AMMB Holdings di sini, hari ini.

Ling berkata, deposit pelanggan meningkat 9.3 peratus tahun ke tahun kepada RM142.4 bilion berbanding RM130.3 bilion pada tahung kewangan 2023.

"Kami memberikan satu set keputusan yang baik, dengan PATAMI sebanyak RM1.87 bilion dan ROE sebanyak 10 peratus. Kunci kira-kira kami berada dalam keadaan baik, kami terus menambah baik nisbah modal dan mengisytiharkan kenaikan 23 peratus dividen tahunan sebanyak 22.6 sen sesaham untuk tahun kewangan 2024," katanya.

Ling berkata, jumlah pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan 2024 sebanyak RM4.64 bilion secara umumnya adalah sejajar dengan tahun kewangan 2023 di sebalik kesan pemampatan margin faedah bersih (NIM).

Beliau berkata, pendapatan faedah bersih (NII) kumpulan merosot 6.7 peratus kepada RM3.3 bilion, manakala pendapatan bukan faedah (NoII) tahun ke tahun mengukuh sebanyak 14.7 peratus kepada RM1.34 bilion dan ini membantu mengimbangi kesan NIM.

Katanya, pertumbuhan NoII disumbangkan oleh pendapatan yuran yang lebih tinggi daripada perbankan pelaburan, dana dan pengurusan kekayaan serta pendapatan pelaburan yang lebih tinggi.

"Pendapatan daripada operasi berterusan meningkat sedikit pada RM4.6 bilion, diterajui oleh pertumbuhan NoII sebanyak 19.2 peratus, diimbangi oleh penurunan 5.5 peratus dalam NII," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054209 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list