CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10496|Reply: 0

Kesan kemenangan United malam tadi

[Copy link]
Post time 26-5-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Manchester United memastikan tempat ke Liga Europa selepas kejayaan menjuarai Piala FA malam tadi, Chelsea merudum ke Liga Konferens Europa manakala Newcastle terlepas peluang beraksi di Eropah. – Foto AGENSI

LONDON: Manchester United dan Manchester City bertemu di Stadium Wembley malam tadi bagi tahun kedua berturut-turut dengan kelab Red Devils muncul juara Piala FA Inggeris.

Bukan saja kemenangan itu penting bagi kedua-dua pasukan untuk membuktikan kehebatan mereka di Manchester namun keputusan itu juga menentukan kelab Inggeris yang akan beraksi di Eropah musim depan.

Anak buah Erik ten Hag menghasilkan penamat terburuk dalam era Liga Perdana Inggeris oleh pasukan Manchester United dalam sejarah kelab itu, berakhir di tangga kelapan dan terlepas tempat ke Eropah buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Bagaimanapun, Bruno Fernandes dan rakan-rakannya sedar kemenangan di Wembley boleh sekurang-kurangnya menyelamatkan musim mereka sekali gus beraksi di Eropah musim depan.


Kedua-dua Newcastle dan Chelsea pasti menyokong pasukan biru Manchester untuk menang Piala FA kerana ia akan mengekalkan kedudukan mereka bermain di Eropah.

Dengan berakhir di tangga keenam, Chelsea dijamin tempat di Eropah tidak kira apa pun keputusannya di Wembley.

Sekiranya City menang bermakna mereka akan beraksi dalam Liga Europa.

Oleh kerana United mencetus satu daripada kejutan terbesar ke atas musuh mereka, Chelsea kini akan beraksi dalam Liga Konferens Europa tahun depan.

Newcastle pula terlalu bergantung harap juara liga empat kali berturut-turut itu akan menjulang trofi Piala FA bagi memastikan tempat mereka di Eropah.

Kejayaan United bermakna The Toons langsung terlepas peluang mereka.

Jika Manchester City menang, semuanya akan kekal seperti sebelum ini. – AGENSI

KELAB INGGERIS DI EROPAH MUSIM DEPAN

Liga Juara-Juara: Manchester City (1), Arsenal (2), Liverpool (3), Aston Villa (4)

Liga Europa: Tottenham Hotspur (5), Manchester United (juara Piala FA)

Liga Konferens Europa: Chelsea (6)
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-united-malam-tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036871 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list