CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23138|Reply: 0

Kes Faisal disimbah asid: Polis tidak pernah keluarkan kenyataan kereta digunakan Toyota Vellfire

[Copy link]
Post time 24-5-2024 10:37 PM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan laporan kenderaan dinaiki tonggak Selangor FC (SFC), Faisal Halim adalah Toyota Vellfire sewaktu kejadian simbah asid yang menimpa penyerang terbabit, 5 Mei lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan berita berkaitan kenderaan dinaiki Faisal adalah kereta Toyota Vellfire bukanlah pengesahan yang dibuat oleh polis.


Menurutnya, polis sebelum ini hanya memaklumkan kejadian berlaku apabila Faisal berjalan menuju ke ke arah kenderaan miliknya.


"Kita sama sekali tidak pernah ada keluarkan kenyataan kereta digunakan Toyota Vellfire, mahupun daripada saya (KPN), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain atau Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan).


"Yang didedahkan sebelum ini, Faisal sedang berjalan ke arah keretanya dan suspek dipercayai menunggang motosikal.


"Jadi, tidak timbul isu bercanggah laporan dikeluarkan polis. Yang dilaporkan sebelum ini bukanlah dari sumber polis," katanya kepada Harian Metro hari ini.


Justeru, Razarudin mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.


"Sumber yang sah hanya daripada pihak polis, jadi apa-apa maklumat kami akan kongsi," katanya.


Semalam, tular rakaman litar tertutup kejadian simbah asid membabitkan Faisal di sebuah pusat beli-belah di sini, 5 Mei lalu yang menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi dan bahagian muka dilindungi kain dalam keadaan berdiri berada di antara beberapa kenderaan lain.


Lelaki itu kemudian meluru ke arah Faisal dan terus menyimbah cecair daripada botol dipegangnya beberapa kali.


Kejadian itu juga disaksikan beberapa individu berhampiran termasuk isteri Faisal.


Ketika kejadian, turut dilihat seorang lelaki bermotosikal dipercayai seorang lagi suspek yang menunggu berhampiran kenderaan Faisal iaitu jenis BMW.


Susulan itu, polis membuka siasatan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV tersebut untuk tindakan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Rata-rata netizen mempersoalkan kenderaan yang digunakan Faisal sebelum ini berikutan terdapat laporan mendakwa jenis kenderaan digunakan Faisal adalah Toyota Vellfire.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.041463 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list