CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5013|Reply: 48

Ribut: Suami tutup isteri lumpuh dengan tikar mengkuang

[Copy link]
Post time 30-3-2011 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di Kuala Nerang, Kedah dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.
   
Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.
   
"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.
   
Katanya ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.
   
"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.
   
Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.
   
Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.
   
Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.
   
"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.
   
Syed Sobri berkata, beliau menggerakkan unit petugas khas ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.
   
Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.
   
- Bernama

* sedih sgt bila baca berita ni. tak sanggup nak bayangkan keadaan pakcik dan makcik tu masa hujan ribut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 01:23 PM | Show all posts
mana anak2 depa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:32 PM | Show all posts
"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.


pekerja awam dahle takde komitmen dalam kerja, keprihatinan terhadap rakyat pun takde.

tapi tiap2 tahun sibuk nak naik gaji, nak naik elaun itu ini, nak bonus itu ini, nak tambah cuti itu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 01:50 PM | Show all posts
Reply 2# addicted


    kan? tua sgt dah pakcik makcik ni..umur 85 dgn 86..kalau ada anak2 mmg rasanya tak patut tinggal mak ayah yg dah uzur ni 2org jer dlm rumah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:07 PM | Show all posts
sedihhhhhhhhhhh kesian sangat nasib baik sedara sebelah rumah...harap2 cepat la pakcik tam dengan makcik rokiah dapat rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:12 PM | Show all posts
JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.

Dato Sri Jijan. tulung buat tindakan segera keatas mereka yang bila bekerja lembab macam siput babi tapi bila time gaji nak cepat macam rimau kelaparan :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 02:13 PM | Show all posts
sedihnya.... mgkn derang ni x de anak kot...... kalu x boleh tinggal kt umah anak sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:20 PM | Show all posts
emm terfikir lau situasi ak macam drg sedih kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 02:21 PM | Show all posts
berair lakz mata aku baca pasal diorg
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:23 PM | Show all posts
moga tuhan memberi byk kesabaran kpd diorg dlm menghadapi situasi yg sukar ini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:26 PM | Show all posts
bangga dengan suami begini
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:35 PM | Show all posts
kesian..mujur la takder kemalangan jiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 02:45 PM | Show all posts
kesiannya....harap2 akan dapat bantuan segera....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 07:13 PM | Show all posts
berair lakz mata aku baca pasal diorg
veYron Post at 30-3-2011 14:21



    sayu jer rasa hati kan? mmg nyaris nak nanges bila baca berita ni td
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 07:14 PM | Show all posts
bangga dengan suami begini
nuryakmal Post at 30-3-2011 14:26



    kasih sayang hingga ker akhir hayat..mcm ni lar yg kter semua harapkan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 07:16 PM | Show all posts
sedihhhhhhhhhhh kesian sangat  nasib baik sedara sebelah rumah...harap2 cepat la pakcik tam ...
siputsedut Post at 30-3-2011 14:07



    harap pukk jgn nanges sampai bengkak2 mata tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 07:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 30-3-2011 19:30

tak de sape ker puji Datuk Syed Sobri Syed Hashim?

sblm sempat media highlightkan isu
die dh tolong dulu

tak macam ADUN Temerloh sorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:05 PM | Show all posts
azizan pi mana time ribut nie... nanti media tanya marah plak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:09 PM | Show all posts
semoga Allah memberi kemudahan kpd kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 08:49 PM | Show all posts
hopefully, pihak berkuasa kat Kedah akan do sumthing to help this old couple... so pity fullll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.362298 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list