View: 13720|Reply: 3
|
Sakit Hati Dipecat, Lelaki Bakar Majikan Di Tempat Kerja
[Copy link]
|
|
Gara-gara tidak puas hati dipecat, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membakar majikannya di tempat kerja.
Menurut Ketua Polis Bahagian Medan Tembung, Kompol Jhonson Sitompul, suspek yang berusia 51 tahun itu mencurahkan bahan api ke badan mangsa sebelum membakarnya menggunakan mancis.
Anak mangsa yang mendengar keriuhan di kawasan itu segera datang dan melihat ayahnya telah terduduk serta mengalami lecur di badan akibat dibakar.
Selepas bertindak sedemikian, suspek melarikan diri dan meninggalkan lokasi kejadian. Manakala mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, pihak polis telah berjaya memberkas suspek dan kini ditahan untuk tindakan lanjut.
Sumber: TVOneNews |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni pun tak dapat dengar azan jugak ke sampai bakar boss... |
|
|
|
|
|
|
|
ganasnye… sampai bakar bosss |
|
|
|
|
|
|
| |
|