View: 3084|Reply: 19
|
‘Tak kisah kahwin 2, 3, 4, betulkan niat, jaga hubungan’ – Ashraf Muslim
[Copy link]
|
|
Pelakon Ashraf Muslim mengingatkan setiap pasangan yang berniat untuk mendirikan rumah tangga perlu kembali kepada asas perkahwinan dengan membetulkan niat kerana Allah SWT.
Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashrad Muslim, 43, berkata, rumah tangga yang ingin dibina bukan sekadar atas dasar cinta sebaliknya harus memupuk rasa tanggungjawab antara kedua-dua belah pihak.
“Ramai dalam kalangan kita yang berkahwin atas dasar suka, cinta dan mahu berkeluarga, tetapi semua itu salah. Kita perlu berbalik kepada asas semula dengan niat kerana Allah SWT.
“Dari situ, pasangan suami isteri akan mula sedar peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya digalas mereka.
“Jadi, apabila mereka tahu peranan masing-masing, cara untuk menjaga hubungan itu bagi saya tidak kisahlah berkahwin dua, tiga atau empat, asalkan hubungan antara satu sama lain perlu dijaga dengan betul,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Sempat disoal mengenai kontroversi melibatkan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies, Ashraf yang kini hidup berpoligami sejak 2013 menganggap kontroversi yang melanda mereka adalah ujian kerana dia juga pernah merasai hal sama.
Bercakap berdasarkan pengalaman, kata suami kepada Nor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu berkata, ujian sebegitu boleh berlaku namun pengakhirannya tidak sama seperti dijangka.
“Proses yang mereka lalui itu, saya pernah lalui sebelum ini cuma pengakhiran mereka kita tak tahu macam mana.
“Jadi apa yang saya lihat sebenarnya ialah dugaan untuk kita yang melihat dan semua orang, ambillah yang terbaik sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Itu mungkin dugaan buat Aliff dan Ruhainies, jadi biarlah mereka ambil yang positif untuk berubah menjadi lebih baik,” katanya ketika ditemui usai sidang media teater Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka di The Pacific Grill, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Bercakap mengenai teater arahan Lokhman Ghani tersebut, Ashraf melakonkan watak Sultan Mahmud. Penglibatan dalam teater juga bukan dilakukan semata-mata kerana wang, tetapi lebih ke arah mencari kepuasan dan pengalaman untuk belajar.
Teater Tun Fatimah Srikandi Empayar Melaka akan dipersembahkan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 7 hingga 8 Jun depan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Taknak tambah lagi? Ex teduhan kasih. Lupa nama dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Taknak tambah lagi? Ex teduhan kasih. Lupa nama dia.
yang meroyan ditinggalkan abamtah tu ke? sherry ke hape ntah namanya…
|
|
|
|
|
|
|
|
Skema gambar..x pegang anak.. xpegang bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni kalau keluar news mesti pasal tambah cawangan
Heshe income lebat ke nak bagi 'payung emas' merata nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Org camni elok cukupkan 4..alang2 dah ada 2 khen
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko pon kawen sampai ke siam sane, tu pon kantoi dgn 1st wife
Sembang betulkan niat puiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ini sangat ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun kawin sebab girlfriend tak move on kan...bawak lari ke siam... nak lepaskan bini first rugi pulak khensss sebab anak orang kaya... kau pun opportunist, kaki romen... takyah sembang la serap.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila ko nak tambah no 3??? |
|
|
|
|
|
|
|
Serap budak pandai kan mtd.ikut suka ko la serap..ada kuota lagi dua kan..apalagi |
|
|
|
|
|
|
|
I olls terpikir nape heols ni yg keje asyik nak tambah cawangan tak nak plak kawin dgn sherry tu. Gepren lama heols sherry tu. Tambahan sherry still single. Sherry pon dlu sipi2 lg nk kawin abamtah pon tak jd juga. |
|
|
|
|
|
|
|
kawen sepuluh pun takpe bang tak de sapa heran |
|
|
|
|
|
|
|
terpaling pandai poligami la tu kononnye |
|
|
|
|
|
|
|
Kinah musti bangga fefeeling dia chenta mati serap kan |
|
|
|
|
|
|
|
slalunya bila dah ada 2 akan menyusul yg no 3 & 4…ex gf sila la beratur yg mana tak kawin lagi mana tahu jd yg bini muda serap nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
lolipopmanish replied at 24-5-2024 12:35 AM
Ko pon kawen sampai ke siam sane, tu pon kantoi dgn 1st wife
Sembang betulkan niat puiiiii
hahahahahaha louder sis! hahhaahhaahhah toksah la menunggang kisah orang bila kau sendiri pon ada sejarah. kalau kau hormat wife kau,niat kau betul takdenya kau kawen lari kat siam. baiknya Allah tu kantoi diana jumpa tiket diorang ke siam eh.diam lebih baik serap. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jd dgn gosip dia dah kahwin 3? Hoax je ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|