View: 6693|Reply: 29
|
Pernah Menang Tujuh Buah Kereta Sepanjang Kerjaya Tetapi Mawi Akui Tidak Suka Memandu Dan Tiada Lesen
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pengarah filem terkenal, Mawi, 42, mendedahkan bahawa dia tidak memiliki lesen memandu dan tidak bercadang untuk mengambilnya dalam masa terdekat. Bukan kerana trauma atau sebab tertentu, tetapi semata-mata kerana dia tidak suka memandu.
“Saya memang tak ambil lagi (lesen memandu). Bukan sebab trauma atau apa, tidak langsung. Cuma, saya memang tidak suka memandu,” katanya dengan jujur.
Mawi, atau nama sebenarnya Asmawi Ani, mendedahkan bahawa dia hanya memandu di sekitar kawasan rumahnya atau dalam kampungnya di Felda Taib Andak, Johor. Bagaimanapun, apabila keluar ke jalan utama, Mawi lebih selesa membiarkan orang lain mengambil alih stereng.
“Kalau saya memandu pun, hanya bawa (pandu) depan rumah saja. Dalam kampung, saya bawalah. Di Felda (Taib Andak) itu kampung saya, okaylah. Tapi, keluar ke jalan utama memang saya tak bawa,” jelasnya.
Mawi menjelaskan bahawa tiada keperluan mendesak untuknya memiliki lesen memandu kerana isteri tercinta, Ekin, dan pengurusnya, abang Talib, sentiasa ada untuk memandu apabila diperlukan.
“Kalau keluar dengan isteri, dia yang akan memandu. Kalau pergi kerja pula, pengurus saya, abang Talib akan pandu,” katanya lagi.
Mawi juga mengakui bahawa sikapnya yang tidak gemar memandu mungkin diwarisi daripada bapanya, Allahyarham Ani Ahmad, yang juga tidak suka memandu dan hanya memiliki motosikal sepanjang hidupnya.
“Bila saya tengok balik, bapa pun tak suka memandu juga. Dulu, bapa cuma ada motosikal, dia tak pernah beli kereta. Kalau dia nak keluar, dia akan telefon ‘prebet sapu’ (kereta sewa) yang diusahakan rakannya di kampung,” katanya.
Walaupun tidak minat dengan kereta, Mawi sering menerima rezeki dalam bentuk kenderaan. Sepanjang kariernya, dia pernah memenangi tujuh buah kereta melalui pelbagai pertandingan dan anugerah.
“Dari dulu, saya memang tak pernah minat dengan kereta. Tapi, pernahlah bercita-cita kalau ada kereta Perodua Kancil pun cukup, tapi Allah beri saya rezeki besar sedikit iaitu Suzuki Swift ketika juara Akademi Fantasia 3 (AF3) dulu,” katanya.
Beberapa kereta yang pernah dimenangi termasuk Proton Satria Neo, Kia Sorento, dan Proton Savvy dengan nombor plat khas, MAW1100. Namun, hanya Suzuki Swift yang masih dimilikinya kerana ia merupakan kereta pertama yang dimenanginya.
Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika, yang kini berusia 12 tahun. Baru-baru ini, Ekin mendedahkan bahawa suaminya tidak memiliki lesen memandu selama 16 tahun mereka hidup bersama.
“Saya boleh memandu, tapi setakat ini ke mana saja saya hendak pergi Allah akan selalu lorongkan ada orang lain yang muncul bantu saya. Pernah juga saya minta pada Ekin nak memandu, tapi dia tak bagi sebab tak yakin,” kata Mawi.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ko..nak memandu pon kena mintak dengan ekin |
|
|
|
|
|
|
|
memang sesi tayang menayang takde lesen memandu ke...nak justify pape ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia jual kete MAW1100 tu ek...peminat bg kot...dah brp tgn dah pakai lepas dia jual..x hargai lgsg....tp tu la peminat pun beria2 jugak bazir duit bg adiah mhl cemtu ke dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni masa meletup kalau selisih semua pakat serbu. Sekarang kalau nampak depan mata orang buat xtau je. |
|
|
|
|
|
|
|
Perils replied at 23-5-2024 06:05 PM
Kenapa dia jual kete MAW1100 tu ek...peminat bg kot...dah brp tgn dah pakai lepas dia jual..x hargai ...
Padan muka penderma baik hati tu. Mesti sakit hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 23-5-2024 08:11 PM
Sepesen mcm arwah SS. Tapi mawi ada banyak kereta. Ina pun skrg ada kereta baru. Murah rezeki dia setelah jadi balu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke tak suka memandu.... blh caya ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Bistu semua keta2 tu jual ke bagi kat sedara mara |
|
|
|
|
|
|
|
scarflicious replied at 23-5-2024 08:12 PM
Ye ke tak suka memandu.... blh caya ke ni?
Ada org mmg jenis tak minat kereta, tp still beli gak satu keta utk kegunaan bawak anak bini.
Masih memandu gakla kereta, cuma kereta tu basic jelaa takde nak mekap dan tambah itu ini sbb guna tuk bergerak je. Takde join mana2 kelab pun.
Biasanya org bila kat kg lg selesa pusing kawasan kg naik motor je.
Gaya mcm dia nih lebih selesa jd penumpang je kot
|
|
|
|
|
|
|
|
ko mengikut perangai rakan industri seberang tambak (ye ayat skema) ke cemana ni pakat tak nak buat lesen ni.
tapi aku rasa m nasir ada lesen tibahh. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dulu dia ada show naik motor besar ride gi masjid serata semenanjung. so dia jenih suka bawak motor kot. |
|
|
|
|
|
|
|
turn off la org laki takde lesen. kalau ada emergency kat fmly nak harapkan org lain muncul utk drive ke??
ckp je la malas nak ambil lesen dah tua renyah nak exam bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo x suke drive pon amik je la lesen keta tu..kalo papehal kt bini tu..sakit ke..gigih ke nk panggil grab bagai? Nyampah plak laki cemni aihhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 23-5-2024 10:39 PM
turn off la org laki takde lesen. kalau ada emergency kat fmly nak harapkan org lain muncul utk driv ...
kan dia blh drive cuma takde lesen
klu ada emergency redah je la bwk kete
lain la klu tak pndi drive mmg harapkan org la
btw iols bkn peminat mawi just nak komen je |
|
|
|
|
|
|
|
QueenCaramel replied at 23-5-2024 10:42 PM
Kalo x suke drive pon amik je la lesen keta tu..kalo papehal kt bini tu..sakit ke..gigih ke nk pangg ...
hai jgn nyampah2 sgt nnt dapat laki hat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
jenis manusia berfikiran kampung yang takde initiative nak tambahbaik diri..
bukan susah pun amik lesen..
terang-terang pulak tu mengaku langgar undang-undang..
tak kisah la kau drive around kampung ke apa..
but law nya, nak memandu apa-apa kenderaan, perlu ada lesen..
jangan buat kepala batak kau bedal ikut suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
For me la kan, kalau tak suka/minat drive pun at least ambik la jugak lesen tu. bagi ada lesen. time emergency ke apa boleh la bawak dekat jalan besar. ni duk justify reti drive tapi cuma takde lesen je. no point. jumpa polis kau tetap kena saman jugak. buatnya masa drive tu terlanggar orang ke apa ke macam mana? apa masalah tah nak normalisekan driving without licence. bodo piang |
|
|
|
|
|
|
|
humble brag
that's all.................... |
|
|
|
|
|
|
| |
|