CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3036|Reply: 0

[Sarawak] Kenaikan gaji penjawat awam negeri sederhana

  [Copy link]
Post time 22-5-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan gaji tidak lebih rendah berbanding persekutuan, namun tidak juga terlalu tinggi: Dr Sim



Dr Sim (lima kiri) bersama kedua-dua timbalan beliau dan Yii (empat kiri) serta yang lain mengibarkan bendera kecil MBM sambil menyaksikan upacara mengibar bendera sempena Ulang Tahun Ke-19 Bandar Raya Miri hari ini.

MIRI: Kerajaan Sarawak tidak menetapkan kenaikan gaji penjawat awam negeri ini lebih rendah berbanding kadar pelarasan ditetapkan oleh kerajaan persekutuan, namun tidak juga terlalu tinggi.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kerajaan negeri kini menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenaikan gaji penjawat awam (persekutuan) dalam pembentangan Belanjawan 2025 hujung tahun ini sebelum memutuskan kadar kenaikan gaji penjawat awam negeri.

“Ini kerana kita tidak mahu membayar lebih rendah daripada kerajaan persekutuan dan pada masa sama juga kita tidak mahu membayar terlalu tinggi kerana ia boleh membuatkan kerajaan persekutuan berasa 'malu',” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara tersebut yang diumumkan dalam ucapannya semasa merasmikan Upacara Menaikkan Bendera Sempena Ulang Tahun Ke-19 Bandar Raya Miri di sini hari ini.

Katanya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sudahpun bertanya perkara itu (pelarasan gaji penjawat awam persekutuan), ekoran pengumuman Perdana Menteri pada 1 Mei lalu namun tiada seorangpun dapat memberi jawapan.

Namun katanya, Premier sudah memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memberi lebih baik daripada kerajaan persekutuan.

Mengenai elaun kaunselor bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan diterajui beliau selaku menterinya, Dr Sim memberitahu bahawa Abang Johari sudahpun bersetuju menaikkan elaun kaunselor di negeri ini namun jumlahnya masih belum diputuskan.

“Premier Sarawak sudah bersetuju menaikkan elaun kaunselor di negeri ini namun jumlahnya masih belum diputuskan kerana beliau perlu mempertimbang mengenai elaun ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK),” jelasnya.

Pada masa ini, elaun kaunselor masih RM300 tidak termasuk elaun kehadiran setiap mesyuarat sebanyak RM100 (dibayar tidak lebih daripada tujuh kali atau RM700). Elaun bagi KMKK ialah RM900 (ketua kaum) dan RM1,300 (ketua masyarakat).

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Sim berkata Miri merupakan bandar raya kedua Sarawak dan memainkan peranan amat penting kepada negeri ini kerana di bawah misi dan visinya, Miri ingin menjadi sebuah bandar raya antarabangsa paling sesuai didiami.

Bagaimanapun katanya, ia memerlukan peranan semua pihak termasuk penduduk di sini menjaga bandar raya ini dan bukan menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Malah katanya, syarikat-syarikat gergasi korporat yang beroperasi di bandar raya ini, telah menganggap Miri sebagai 'tempat tinggal' mereka.

“Anda pergi ke China, bandar raya di sana merupakan dalam senarai 100 teratas sebagai bandar raya terbesar di dunia namun ramai orang tidak memanggilnya sebagai ‘tempat tinggal’ mereka.

“Oleh yang demikian, kita harus memainkan peranan seiring dengan kerajaan menjadikan bandar raya ini sebuah tempat tinggal aman, harmoni dan selamat didiami,” jelasnya.

Turut hadir kedua-dua timbalan beliau, Datuk Dr Penguang Manggil dan Datuk Michael Tiang serta ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar MBM Adam Yii, Pemangku Setiausaha MBM Abdul Rahman Taupek dan ahli-ahli majlis serta kakitangan MBM.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197367 Replies : 4562
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046235 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list