View: 5998|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penyeludup kantoi isi minyak berulang kali sebelum kena cekup
[Copy link]
|
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang penyeludup dan menyita dua kenderaan disyaki cuba menyeludup petrol dan diesel menerusi dua serbuan berasingan di Rantau Panjang, semalam. FOTO Ihsan KPDN
Rantau Panjang: Taktik licik dua penyeludup mengisi petrol dan diesel berulang kali menggunakan Proton Waja dan pacuan empat roda tumpas selepas seorang daripadanya ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, semalam.
Dalam serbuan berasingan jam 7.45 dan 8.30 pagi itu, dua kenderaan terbabit turut disita selain turut merampas 150 liter diesel dan 50 liter petrol dalam kenderaan terbabit.
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata serbuan pertama pada jam 7.45 pagi mengesan Proton Waja menggunakan nombor pendaftaran tempatan, membuat pengisian minyak petrol secara berulang kali di dua buah stesen berlainan.
Katanya, selepas mengisi minyak, pasukan mengekori kenderaan terbabit sebelum kenderaan itu berhenti di Kampung Gual Tinggi dan lelaki terbabit terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu sudah diubahsuai di bahagian tangki minyak
dan kita menjumpai anggaran 50 liter minyak petrol disyaki akan diselewengkan," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, menerusi operasi kedua jam 8.50 pagi, pihaknya mengesan sebuah lagi kenderaan Misubishi Pajero juga menggunakan pendaftaran tempatan sedang mengisi minyak secara berulang kali di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang jam 8.50 pagi.
"Sebaik suspek mengesyaki kegiatannya dikesan, pemandu terbabit terus memecut kenderaan keluar dari stesen minyak untuk melarikan diri.
"Pasukan kita mengejar kenderaan itu sehingga kenderaan pacuan empat roda itu berhenti
berhampiran sebuah rumah di pangkalan haram Kampung Derdap.
"Ketangkasan pasukan berjaya menahan pemandu kenderaan berusia 20-an dan pemeriksaan lanjut mendapati tangki diubahsuai dan terdapat 150 liter diesel dalam tangki berkenaan," katanya.
Mengulas lanjut, Azman berkata, pemeriksaan lanjut di belakang rumah suspek mendapati terdapat empat tong minyak diesel, tiga alat timbang dan satu mesin pam penyedut yang disyaki digunakan untuk tujuan urusan jual beli penyeludupan barang kawalan.
"Lelaki yang ditahan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDN Kelantan akan terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya.
"Dalam pada masa yang sama KPDN Kelantan juga akan memastikan pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan dan peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sebelum-kena-cekup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|