CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7376|Reply: 10

4 bintang terkenal dunia yang tak hiraukan boikot, adakah mereka artis kegemaran anda?

[Copy link]
Post time 18-5-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode




Disaat satu dunia menyuarakan hak kebebasan rakyat Palestin yang setiap hari terbunuh kerana kekejaman tentera pendatang haram, Israel namun masih ada lagi selebriti dunia yang kekal berdiri dibelakang rejim itu.


Memetik Kosmo, Gerakan Blockout 2024 memberikan mesej jelas mengajak masyarakat dunia memboikot mana-mana selebriti penyokong Israel.


Disini merupakan beberapa nama selebriti Hollywood yang kental berada di belakang rejim Zionis dan Israel secara terbuka.


Natalie Portman







PELAKON kelahiran Jerusalem, Natalie Portman kerap berkongsi mengenai dakyah Israel yang menyifatkan tindakan ketenteraan terhadap Palestin sebagai usaha melindungi warga mereka.


Sekitar akhir tahun lalu, pelakon itu pernah meluahkan kesedihan mengenai insiden berdarah yang didakwa menggugat keselamatan rakyat Israel.


“Hati saya hancur untuk rakyat Israel. Anak-anak, wanita dan orang tua telah dibunuh dan diculik dari rumah mereka sendiri. Saya ngeri dengan tindakan biadab ini,” tulisnya dalam Instagram.


Walaupun pernah menolak anugerah Nobel Prize Israel pada 2018, tindakan Portman yang dianggap tidak peka dengan lebih banyak kematian dalam kalangan rakyat Palestin menjadi cemuhan ramai.


Gal Gadot





PALING lantang bersuara dan menjadi antara 700 artis Hollywood yang menandatangani surat terbuka kepada Hamas sekitar Oktober tahun lalu adalah Gal Gadot.


Aktres kelahiran Israel ini tidak berhenti melaungkan sokongan terhadap tindakan rejim Zionis yang disifatkan hanya membalas serangan dilakukan Hamas.




Malah bintang filem Wonder Woman yang pernah menyertai pasukan pertahanan Israel tidak takut berdepan kecaman dunia terhadapnya.


Terbaharu, jumlah pengikut akaun Instagramnya menyusut sejuta daripada 109 juta orang disebabkan tindakannya yang tidak mempedulikan kekejaman Israel.


Dwayne Johnson





BERADA dalam senarai artis dengan jumlah pengikut tertinggi iaitu mencecah 397 juta orang menunjukkan pengaruh besar The Rock atau Dwayne Johnson.


Namun tindakannya menyebut pejuang Hamas yang mempertahankan tanah air Palestin daripada dijarah Israel sebagai terrorist membuatkan ramai peminat mengecamnya.


“Saya terkilan, marah dan muak dengan pembunuhan dan penculikan orang Yahudi melalui tindakan mengerikan daripada kelompok Hamas,” ujarnya.


Atas perkongsian dibuat, masih ramai terkilan apabila perkara tersebut dianggap sebagai sikap tidak pekanya terhadap nasib rakyat Palestin yang terkorban dan masih bermandi darah sehingga sekarang.


Madonna






SEBELUM ini Madonna pernah berkongsi video di Instagram yang menunjukkan rakaman roket serta mayat yang terbunuh di Israel.


Penyanyi Like a Virgin itu menegaskan hatinya sentiasa bersama Israel apabila mendakwa sokongan tersebut susulan keadaan penduduknya yang kehilangan kediaman dan nyawa.


“Buat semua yang menderita atau yang akan menderita akibat konflik ini, saya berdoa untuk anda dan saya sedar bahasa ini perbuatan Hamas,” tulisnya dalam Instagram.


Nama penyanyi ini turut disenaraikan dalam Blockout 2024 iaitu gerakan boikot terhadap artis yang tidak peka terhadap Palestin dan nasib rakyatnya.


Jadi kepada peminat mereka ini, fikir-fikirkan.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat pompuan Jewish, jewish zionist, kabalah convert (jewish gak).  Hat jnatan tak tau pasaipa kalau ikut polynesian pun kena jajah dulu. Hawaii tu siap kena jajah habis raja pun kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Blockout ni x berkesan la. I jenguk insta Gal masih 109.8 juta followers smlm
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 18-5-2024 05:56 PM
Blockout ni x berkesan la. I jenguk insta Gal masih 109.8 juta followers smlm

So what? Ig users ada 2 billion.targetnyer bukan pd followers tapi users.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:03 PM | Show all posts
patut rihanna masuk sekali, paling kafir punya artis dh hina islam 2 kali dulu, lama dh aku blockout dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling bodo dok harap apa pada artis yg sah2 kapir ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
3 prempuan tu xheran la tp hat the rock tu mmg kuciwa la
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 07:47 AM | Show all posts
apa mereka kesah..sah2 deolls nak kan duit jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 19-5-2024 02:52 AM
3 prempuan tu xheran la tp hat the rock tu mmg kuciwa la

The rock tu opkoz lah da kena brainwash dgn gal gedot ..kan bestwen
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:07 PM | Show all posts
yeah, yg pompuan tu dah mmg keturunan tu, sorg lg siap penah jd askar dia, yg nenek tu mmg baca kabalah. tp the rock ni aku disappointed. aku suka rock ni dulu. cancel dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:29 PM | Show all posts
takpelah, moga ada ganjaran utk jihad kecil kita ni utk saudara2 kita kat palestine. amin!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:55 PM | Show all posts
tak sadar diri anak negro sekor ni..dulu idup merempat susah... baru Allah bagi hidup mewah sikit2 kat dunia dah mula lupa diri... sumbat la steroid lagi dalam badan ko.. tengok la azab Allah kat ko esok2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074861 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list