CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6154|Reply: 0

[Perlis] ADUN PAS Mata Ayer ditidurkan - MB

[Copy link]
Post time 15-5-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode
ADUN PAS Mata Ayer ditidurkan - MB


Oleh Aizat Sharif - Mei 15, 2024 @ 4:07pm bhnews@bh.com.my







KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak semalam selepas didapati mengalami masalah kesihatan akibat komplikasi daripada sakit tiroid yang dihidapinya.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis berusia 48 tahun itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor hospital berkenaan.

"Saya difahamkan beliau kini stabil sejak dirawat di HTF bermula semalam dan keadaannya kini masih dipantau oleh doktor.

"Beliau pun ditidurkan sejak semalam selepas masalah tiroidnya mula memberi kesan kepada jantung dan paru-paru juga didapati berair," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Katanya, buat masa ini, kesihatan Wan Badariah adalah keutamaan dan pihaknya mengesyorkan agar ADUN itu bercuti buat sementara waktu.

"Buat masa ini juga, kita belum mengambil keputusan untuk melantik sesiapa dalam kalangan EXCO untuk memangku tugasan beliau. Sama-samalah kita berdoa agar kesihatan YB Wan Badariah pulih kembali," katanya.

Wan Badariah, peguam berasal dari Padang Siding, muncul calon wanita pertama dinamakan PAS Perlis bertanding kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dua tahun lalu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.067846 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list