CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6631|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mediasi tiga pemimpin Dap, Dr Mastura tidak capai kata sepakat

[Copy link]
Post time 15-5-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

DR Mastura.

Georgetown: Proses mediasi antara veteran serta pemimpin Dap, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok dengan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad tidak mencapai kata sepakat, hari ini.

Ia diadakan bermula 11 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari sebagai usaha menyelesaikan saman fitnah berhubung dakwaan wakil rakyat Pas mengenai plaintif mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Peguam yang mewakili pihak Dap, Datuk Sankara Narayanan Nair memaklumkan kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian atas tuntutan saman fitnah difailkan anak guamnya dengan prosiding perbicaraan akan diteruskan mengikut tarikh ditetapkan mahkamah.

"Kedua belah pihak telah cuba mencapai penyelesaian, tetapi malangnya kami tidak dapat bertemu 'jalan tengah' dan sebagai hasilnya, perkara ini akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.


"Tetapi kami masih menawarkan apa-apa penyelesaian jika ia dibuat pada masa akan datang bermula dari sekarang," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Sankara memaklumkan sesi rundingan itu diatur dan diarahkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang.

Beliau turut mengesahkan kedua-dua pihak tidak mengemukakan permohonan mengadakan mediasi lain bagi menyelesaikan kes saman itu.

"Jadi kedua belah pihak tidak dapat mencapai satu persetujuan. Oleh itu, persidangan hari ini tidak berjaya dan kita akan ke mahkamah untuk perbicaraan.

"Anak guam saya sangat memberi kerjasama dengan perintah mahkamah untuk hadir, jadi kami cuba (mencari penyelesaian) dan oleh itu kami gembira

"Itu sahaja yang saya boleh katakan. Kita tidak boleh beritahu butiran perbincangan," katanya.

Katanya, perbicaraan akan digabungkan pada 2 September ini seperti ditetapkan mahkamah sebelum ini.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP dalam kenyataan ringkas berkata, beliau berpuas hati dengan proses mediasi yang berlangsung, hari ini.

Siti Mastura diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu dilihat terus beredar selepas sesi mediasi itu selesai.

Turut kelihatan hadir sebagai tanda sokongan terhadap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Pas Pusat itu ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

Media sebelum ini melaporkan ketiga-tiga plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman pada 4 November tahun lalu.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, Siti Mastura didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan PKM dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa defendan membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan PKM, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara ketika berceramah.

Berikutan itu, pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi selepas pengurusan kes mengarahkan Siti Mastura memfailkan pernyataan pembelaan sebelum atau pada 11 Januari 2024 berhubung kes saman terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -capai-kata-sepakat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list